Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RSAF gugurkan pakej bantuan buat penduduk Gaza

Mar 20, 2024 | 09:56 PM



Satu lagi kiriman bantuan telah dihantar ke Gaza pada 21 Mac menyusuli bantuan makanan yang digugur buat kali pertama oleh Singapura bagi penduduk Palestin di Gaza berlangsung sehari sebelumnya.

Dalam catatan Facebooknya pada 21 Mac, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata:

“Satu lagi kelompok bantuan telah dikirimkan ke Gaza sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Singapura untuk menawarkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat perang itu.”

Sementara itu, dalam catatan Facebook beliau pada 20 Mac, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata:

“Bekalan makanan digugurkan kali pertama dari udara oleh C-130 RSAF. Dari Singapura bagi rakyat Palestin di Gaza. Kami harap bantuan kemanusiaan ini akan memberi bantuan kepada keluarga di sana.”

Ini merupakan pemberian kemanusiaan ketiga dari Singapura, menyusuli dua pemberian lain yang dilakukan melalui darat menerusi El-Arish di Mesir pada 23 November dan 24 Januari.

Dalam catatan Facebook beliau pada 20 Mac, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata di sebalik situasi mencabar yang dihadapi penduduk di Gaza, bantuan kemanusiaan ketiga Singapura telah mula disampaikan.

“Bekalan makanan yang kali pertama digugurkan, dilakukan semasa Ramadan, melambangkan lebih daripada sekadar bantuan. Ia melambangkan belas kasihan dan perpaduan dari Singapura kepada penduduk Gaza yang terjejas teruk akibat konflik tersebut,” kata Encik Zaqy.

Pada 17 Mac, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan melahirkan penghargaannya kepada anggota SAF yang terlibat secara sukarela bagi misi itu.


“Mereka paparkan rasa sayang, bimbang dan belas kasihan semua warga Singapura bagi orang awam di Gaza yang berhadapan situasi kemanusiaan yang mendesak.


“Setiap bantuan kemanusiaan yang digugurkan dari udara akan menyelamatkan nyawa dan membuat perubahan,” katanya.


Satu laporan yang dikeluarkan pada 19 Mac menyatakan askar bahagian Aerial Cargo Riggers, dari Kompeni Terminal Udara Tentera Singapura, Batalion Pengangkutan ketiga SAF telah menjalani latihan khas untuk memastikan barang punggahan dipasang dengan payung terjun dan selamat untuk diangkut dan digugurkan dari udara.


Sejurus sebelum berlepas, pemeriksaan terakhir bersama dilaksanakan askar Aerial Cargo Riggers dan loadmasters, atau ketua barang punggahan.


Bekalan untuk digugurkan dari udara di kawasan konflik dipunggah masuk ke dalam pesawat C-130, sebelum berangkat dari Singapura ke Amman, Jordan.


Kawasan sasaran zon yang telah dikenal pasti harus terletak di luar kawasan yang dihuni orang ramai tetapi boleh dimasuki mereka yang memerlukan bahan bantuan.

Kargo dari pesawat C-130 hanya digugurkan apabila semua kriteria dipenuhi. Kriteria ini termasuk syarat penerbangan, kekencangan angin dan syarat zon gugur yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >