Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ruang kosong dikesan di Piramida Khufu di Mesir

Nov 5, 2017 | 9:00 PM
55514f22-9d7e-4798-bfc8-84cb83b60f50
- REUTERS

Misteri piramida di Mesir kini lebih mendalam, selepas ruang kosong dikesan di piramida Khufu, atau Cheops.

Dalam laporannya, BBC berkata masih belum diketahui mengapa ruang kosong itu wujud atau jika ia mengandungi khazanah berharga kerana ia tidak mudah dimasuki.

Saintis dari Jepun dan Perancis membuat pengumuman itu selepas dua tahun melakukan kajian di komplek piramida terkenal itu.

Mereka menggunakan teknik bernama muografi yang boleh mengesan ketumpatan struktur batu gergasi.

Piramida Agung, yang juga dikenali sebagai Piramida Khufu, dianggarkan dibina semasa zaman pemerintah Firaun Khufu antara 2509 dengan 2483 Sebelum Masehi (BC).

Ia berdiri setinggi 140 meter di Giza, dan adalah piramida terbesar di Mesir.

Khufu terkenal kerana ia memuatkan tiga ruang kamar besar dan siri laluan lorong kecil, termasuk ruang Galeri Agung yang berukuran selebar 47 meter dan setinggi 8 meter.

Ruang yang baru dikesan ini dikatakan bertempat di atas Galeri Agung dan memiliki ukuran serupa.

"Kami belum tahu sama ada ruang besar ini mencuram atau mendatar; kami tidak tahu sama ada ruang ini dibina oleh struktur tunggal atau beberapa struktur yang berhubungan, kata Mehdi Tayoubi dari Institut HIP di Paris.

"Yang pasti, kami tahu ada ruang besar di situ; ia menakjubkan dan ia sama sekali tidak dijangka (wujud), mengikut sebarang teori pun," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg