Topik diikuti
Pergi ke BHkuRumah Putih ramal Pelosi akan mengalah berkaitan isu tangguh bicara Trump
Rumah Putih ramal Pelosi akan mengalah berkaitan isu tangguh bicara Trump
Rumah Putih ramal Pelosi akan mengalah berkaitan isu tangguh bicara Trump
SPEAKER DEWAN NANCY PELOSI -
Dec 24, 2019 | 5:30 AM
WASHINGTON: Rumah Putih berkata Speaker Dewan, Cik Nancy Pelosi, telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang tidak mudah dipertahankan apabila melengahkan artikel pendakwaan yang diluluskan Rumah Putih terhadap Presiden Donald Trump.
Seorang pegawai rasmi pentadbiran kanan mencadangkan pegawai tertinggi Demokrat di Kongres itu akan mengalah tidak lama lagi, membuka jalan bagi pemimpin Senat yang dikuasai Republikan untuk mencapai persetujuan berkaitan rangka perbicaraan yang mungkin membawa kepada pembebasan Encik Trump yang dikenakan tuduhan menghalang Kongres dan penyalahgunakan kuasa.
