Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rundingan delegasi AS dengan Taleban berjalan lancar

Bincang hubungan dua hala, pelaksanaan perjanjian Doha, bantuan kemanusiaan, aset Afghanistan yang dibeku Amerika
Oct 12, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Perbincangan antara delegasi Amerika Syarikat dengan Taleban di Qatar pada Sabtu dan Ahad lalu berjalan lancar dalam suasana 'candid' dan profesional, menurut kenyataan Jabatan Negara Amerika kelmarin.



Jurucakap jabatan itu, Encik Ned Price, berkata rundingan berkenaan adalah yang pertama sejak tentera Amerika berundur dari Afghanistan pada Ogos, lapor agensi berita Anadolu.



"Delegasi Amerika menumpukan mengenai keselamatan, keganasan dan perjalanan yang selamat bagi rakyat Amerika, warga asing dan rakan kami di Afghanistan serta isu hak asasi manusia, termasuk penyertaan kaum wanita dalam semua aspek kemasyarakatan di Afghanistan," kata Encik Price.



Kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai bantuan kemanusiaan Amerika secara terus kepada rakyat Afghanistan.



"Taleban akan dinilai berdasarkan tindakannya bukan apa yang mereka ucapkan," menurut kenyataan itu.



Sementara itu, Menteri Luar Kabinet sementara Taleban, Encik Amir Khan Muttaqi, berkata pertemuan tersebut antara lain membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Kabul dengan Washington, pelaksanaan perjanjian Doha, bantuan kemanusiaan dan aset Afghanistan yang dibekukan Amerika.



"Kami jelaskan kepada mereka bahawa usaha untuk menggugat pemerintah Afghanistan tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun," kata Encik Muttaqi.



Taleban sebelum ini telah memberi amaran kepada Amerika agar tidak 'mengacau' regim itu ketika kedua-dua kerajaan itu bertemu secara bersemuka buat julung kalinya selepas pengunduran tentera Amerika dari Afghanistan.



"Hubungan baik dengan Afghanistan bagus untuk semua orang.



Amaran Encik Muttaqi itu dibuat pada hari pertama perbincangan dua hari dengan pasukan Amerika, yang diketuai oleh Wakil Khas Jabatan Luar Negeri, Encik Tom West, dan pegawai tinggi kemanusiaan USAID, Cik Sarah Charles.



"Tiada yang perlu dilakukan untuk melemahkan kerajaan sedia ada di Afghanistan kerana ia hanya akan menimbulkan masalah kepada penduduk," kata Encik Muttaqi kepada agensi berita negara itu, Bakhtar, selepas perbincangan di Doha, ibu kota Qatar.



Kenyataan itu diterjemahkan oleh agensi berita AFP.



Pihak Taleban kembali menguasai Kabul pada 15 Ogos tahun ini. Kumpulan itu pernah memerintah Afghanistan dari 1996 hingga 2001.



Dalam pada itu, Amerika dan Britain telah mengeluarkan amaran kepada warga negara masing-masing supaya menjauhi hotel sekitar ibu negara Afghanistan terutama berhampiran Hotel Serena.



"Warga Amerika yang berada dekat Hotel Serena diarahkan meninggalkan tempat itu secepat mungkin," kata Jabatan Negara Amerika sambil menjelaskan terdapat ancaman keselamatan sekitar kawasan terbabit.



Sementara itu, Pejabat Luar Britain yang mengemas kini nasihat perjalanan, menggesa warganya supaya tidak melakukan perjalanan ke Afghanistan.



"Anda dinasihatkan tidak menginap di hotel sekitar bandar Kabul terutama Hotel Serena berikutan tempat berkenaan berisiko tinggi," katanya.



Hotel Serena cukup dikenali sebagai hotel mewah di Kabul, sering menjadi pilihan dalam kalangan pelancong asing terutama sebelum bandar itu dikuasai Taleban kira-kira lapan minggu lalu.



Hotel itu sudah dua kali menjadi sasaran serangan puak pelampau.



Ia berlaku selepas kumpulan Daesh atau ISIS mendakwa serangan bom yang memusnahkan utara bandar Kunduz pada Jumaat lalu ketika solat Jumaat.



Serangan itu sekali gus menjadi serangan paling berdarah sejak pasukan Amerika meninggalkan negara itu pada Ogos lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >