Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rundingan Russia-Ukraine 'sukar tetapi berterusan'

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



LVIV (Ukraine): Rundingan terbaru antara Russia dengan Ukraine bermula pagi semalam (4.30 petang waktu Singapura) dengan perunding Ukraine menyifatkan komunikasi antara dua pihak "sukar tetapi berterusan".



Menulis di Twitter, penasihat presiden Ukraine, Encik Mykhailo Podolyak, berkata:



"Dua-dua pihak secara aktif menyatakan pendirian mereka. Komunikasi sedang diadakan namun ia sukar.



"Punca perselisihan adalah sistem politik yang terlalu berbeza."



Rundingan itu diadakan melalui sidang video.



Walaupun akhir-akhir ini pegawai dua negara itu telah memberi penilaian optimis, keputusan positif rundingan masih belum terhasil.



Ukraine berulang kali meminta perbincangan langsung antara Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, sambil menyatakan pemimpin Russia itu sebagai orang yang membuat semua keputusan muktamad.



Russia pula menyatakan sebelumnya bahawa Kremlin tidak akan menolak mesyuarat sedemikian untuk membincangkan isu 'khusus', tetapi tiada butiran lanjut.



Sementara itu, salah seorang pemimpin Russia yang rapat dengan Encik Putin berkata operasi ketenteraan Russia di Ukraine tidak semuanya berjalan sepantas seperti yang dimahukan Kremlin, pengakuan terbuka paling kuat dari Moscow bahawa operasi itu tidak berlaku seperti yang dirancang.



Ketua Pengawal Kebangsaan, Encik Viktor Zolotov, ketika berucap pada satu upacara gereja menyalahkan keadaan tersebut terhadap apa yang dikatakannya sebagai pasukan sayap kanan Ukraine yang bersembunyi di sebalik orang awam - satu tuduhan yang berulang kali dibuat pegawai Russia.



Ulasannya itu bertentangan dengan penilaian pada Jumaat lalu oleh Menteri Pertahanan Russia, Encik Sergei Shoigu, yang memberitahu Encik Putin bahawa "semuanya berjalan mengikut rancangan".



"Saya ingin katakan bahawa ya, tidak semuanya berjalan sepantas yang kita mahu," kata Encik Zolotov, yang pernah bertanggungjawab ke atas keselamatan peribadi Encik Putin, dengan ulasannya disiarkan di laman web Pengawal Kebangsaan.



"... tetapi kami sedang menuju ke arah matlamat kami selangkah demi selangkah dan kemenangan akan menjadi milik kami."



Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya sebelum ini menyatakan pencerobohan Encik Putin ke atas Ukraine setakat ini tidak dilaksanakan dengan baik kerana Moscow memandang rendah tentangan rakyat Ukraine dan keazaman Barat untuk menghukum Russia.



Sementara itu, tentera laut Russia telah mengadakan sekatan berdekatan pantai Ukraine di Laut Hitam, menghalang Ukraine daripada perdagangan maritim antarabangsa, lapor Kementerian Pertahanan Britain.



Kementerian itu menambah, tentera laut Russia juga terus melakukan serangan peluru berpandu ke atas beberapa sasaran di Ukraine, dan ada kemungkinan melakukan operasi pendaratan amfibia dalam beberapa minggu akan datang, sama seperti yang dilakukan sebelum ini di Laut Azov.



Tentera Russia juga dilaporkan terus berusaha mendekati ibu kota Kyiv namun menghadapi tentangan hebat tentera Ukraine. - Agensi berita.



LAPORAN SELANJUTNYA: Ukraine, Russia adakan rundingan bagi pertemuan pemimpin dua negara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >