Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia akan hantar tentera bantu Presiden Kazakhstan henti tunjuk perasaan

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW/ALMATY: Russia dan sekutunya berkata mereka akan menghantar tentera untuk membantu Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menghentikan tunjuk perasan setelah penunjuk perasaan anti-pemerintah merampas bangunan rasmi dan lapangan terbang utama.



Ini merupakan cabaran terbesar kepada kepimpinan negara Asia Tengah itu dalam beberapa dekad ini.



Pengumuman itu dibuat pada awal pagi semalam selepas pihak berkuasa Kazakhstan mengenakan perintah darurat seluruh negara, dan menghantar unit tentera untuk memerangi apa yang dianggap Encik Tokayev sebagai "kumpulan pengganas".



Di bandar terbesar dan bekas ibu kota di negara itu, Almaty, penunjuk perasaan telah merampas lapangan terbang antarabangsa dan membakar kediaman presiden serta dewan bandar raya.



Pihak berkuasa kemudian berkata lapangan terbang tersebut telah diambil semula, lapor Interfax.



Memetik "ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan negara" Kazakhstan yang disebabkan "sebahagiannya oleh campur tangan dari luar negara," Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) enam negara memutuskan untuk mengerahkan "pasukan penjaga keamanan" bagi "tempoh terhad dengan matlamat menstabilkan dan menormalkan keadaan di negara itu," menurut kenyataan ringkas yang disiarkan pada 1.20 pagi waktu Moscow di laman web Kremlin.



Ia tidak menyertakan sebarang butiran mengenai saiz kerahan atau negara mana yang akan menghantar tentera.



CSTO didominasi oleh Russia dan ia termasuk Belarus, Armenia, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.



Tindakan itu menandakan langkah kedua terbesar oleh Kremlin dalam beberapa tahun untuk menyokong sekutu yang menghadapi pergolakan.



Pada 2020, Presiden Vladimir Putin bertindak menyokong tindakan keras pemimpin Belarus, Alexander Lukashenko, terhadap tunjuk perasaan popular, yang menarik sekatan daripada Amerika Syarikat dan sekutunya.



Pemimpin Russia itu kini terlibat dalam rundingan penting dengan Amerika dan Eropah berhubung konflik yang membara mengenai Ukraine.



Di Kazakhstan, demonstrasi bermula pada hujung minggu di barat negara itu berhubung ketidakpuasan tentang kenaikan harga bahan api.



Ramai yang menggesa pemimpin yang sudah lama berkuasa, Nursultan Nazarbayev, supaya melepaskan tampuk kuasa.



Encik Nazarbayev, 81 tahun, menyerahkan jawatan presiden kepada Encik Tokayev pada 2019 tetapi mengekalkan pengaruh yang besar dalam sistem politik negara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >