Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia akan henti eksport minyak ke negara sokong had harga beli yang ditetapkan Barat

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, bertindak mengharamkan eksport minyak Russia ke mana-mana negara yang bersetuju dengan had harga Barat yang dilaksanakan bulan ini.



Pengumuman itu datang dalam bentuk dekri, ditandatangani oleh Encik Putin dan dikeluarkan Kremlin.



Ia menyatakan, pengharaman itu bermula 1 Februari depan dan berlangsung selama lima bulan sehingga 1 Julai 2023, di mana tiada minyak Russia akan dihantar ke negara-negara yang mematuhi had harga.



"Penghantaran minyak dan produk minyak Russia kepada entiti dan individu asing adalah diharamkan, dengan syarat bahawa dalam kontrak untuk mendapat bekalan ini, penggunaan mekanisme penetapan harga maksimum dijangka secara langsung atau tidak langsung," kata dekri itu.



Perintah itu, yang diterbitkan di portal pemerintah dan laman rasmi Kremlin, dibentangkan sebagai tindak balas langsung kepada "tindakan yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa oleh Amerika Syarikat dan negara asing serta organisasi antarabangsa yang menyertai mereka".



Kesan daripada langkah itu bagaimanapun mungkin terhad memandangkan Kesatuan Eropah (EU), rantau yang sangat bergantung pada minyak Russia, telah pun mengharamkan kebanyakan import minyak Russia.



Kumpulan 7 Negara (G7) yang demokratik lagi kaya - Britain, Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun, Amerika dan EU - bersetuju pada awal bulan ini untuk mengehadkan harga minyak mentah Russia pada AS$60 ($80.82) setong.



Pelaksanaan had harga ini belum pernah dilihat, walaupun semasa zaman Perang Dingin antara Barat dan Kesatuan Soviet, yang bertujuan untuk melumpuhkan usaha ketenteraan Moscow di Ukraine.



Ia merupakan strategi Eropah dan Amerika untuk melemahkan pendapatan Kremlin dan mengurangkan pembiayaannya dalam berperang ke atas negara jirannya itu - tanpa mengganggu sepenuhnya bekalan global pada masa inflasi melambung tinggi.



Namun begitu, had yang ditetapkan - dan akan disemak setiap dua bulan - hampir menyamai harga jualan sedia ada Russia.



Beberapa negara terdekat - seperti Ukraine dan Poland - berhujah bahawa ia tidak memberi perbezaan ketara ke atas Kremlin.



Penolakan keras Kremlin kelmarin terhadap had yang diperkenalkan Kumpulan G7 itu adalah dijangkakan kerana Moscow sudah menegaskan bahawa ia tidak akan menjual minyak tertakluk kepada had harga.



Russia adalah pengeksport minyak kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, dan sebarang gangguan sebenar terhadap jualannya akan membawa akibat yang meluas terhadap bekalan tenaga global. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >