Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia dakwa 92 tentera Ukraine dengan jenayah kemanusiaan

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Ketua jawatankuasa siasatan Russia berkata Moscow telah mendakwa 92 anggota angkatan bersenjata Ukraine atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan dan menyarankan pembentukan sebuah tribunal antrabangsa yang disokong negara-negara termasuk Bolivia, Iran dan Syria.



Sebuah penerbitan pemerintah, Rossiiskaya Gazeta, semalam memetik ketua jawatankuasa siasatan itu, Encik Alexander Bastrykin, sebagai menuduh "lebih 220 orang, termasuk beberapa anggota peringkat atas Angkatan Bersenjata Ukraine, dan komander unit tentera yang mengebom penduduk awam".



Rakyat Ukraine itu terlibat dalam "jenayah terhadap kedamaian dan keselamatan kemanusiaan, yang tidak mempunyai undang-undang had yang menetapkan tempoh had bagi mengenakan tindakan tertentu", katanya.



Encik Bastrykin, yang jawatankuasanya menyiasat jenayah berat, berkata 92 komander dan anak buah mereka telah didakwa, dan 96 orang lagi, termasuk 51 komander angkatan bersenjata, diisytihar sebagai orang buruan.



Amerika Syarikat dan lebih 40 negara lain bersetuju awal bulan ini untuk menyelaras siasatan jenayah perang yang didakwa di Ukraine.



Sejak melancarkan apa yang dipanggilnya sebagai operasi khas tentera Februari lalu, pasukan tentera Russia telah mengebom bandar-bandar Ukraine bagi memusnahkannya dan meninggalkan mayat bergelimpangan di jalan raya di bandar dan kampung yang didukinya.



Pemerintah Ukraine berkata puluhan ribu orang awam terbunuh. Namun, Moscow menafikan bertanggungjawab atas tindakan itu.



Terdapat juga laporan tentang Ukraine menyiksa rakyat Russia di penjara, namun sebahagian besar dokumen dan bukti tentang tuduhan seperti itu yang diajukan kepada badan dunia, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih menunjukkan perbuatan ganas penceroboh Russia dan sekutu-sekutunya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >