Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia dakwa patahkan percubaan Kyiv tawan semula loji nuklear

Sep 3, 2022 | 9:53 PM
LOJI TENAGA NUKLEAR DI ZAPORIZHZHIA: Tentera Russia mendakwa ia berjaya mematahkan serangan tentera Ukraine dalam usaha mereka menawan semula loji tersebut semalam. - Foto
LOJI TENAGA NUKLEAR DI ZAPORIZHZHIA: Tentera Russia mendakwa ia berjaya mematahkan serangan tentera Ukraine dalam usaha mereka menawan semula loji tersebut semalam. - Foto - REUTERS

ZAPORIZHZHIA (Ukraine): Tentera Ukraine telah cuba menawan semula loji nuklear Zaporizhzhia menerusi satu serangan di pusat bekalan tenaga itu semalam (2 Sep).

Menurut kementerian pertahanan Russia hari ini (3 Sep), satu pasukan tentera laut Ukraine seramai 250 askar telah cuba mendarat di perairan sebuah tasik berdekatan loji Zaporizhzhia di selatan Ukraine itu kira-kira 11 malam (waktu tempatan), semalam.

"Meskipun adanya kehadiran wakil Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di loji tenaga nuklear Zaporizhzhia, rejim Kyiv sekali lagi cuba merampas loji tersebut," kata kementerian pertahanan itu.

Russia berkata, tenteranya telah mematahkan serangan itu menggunakan helikopter tentera dan jet pejuang, memusnahkan 20 kapal Ukraine dan menyebabkan yang lain bertempiaran dan membatalkan serangan.

Agensi berita Reuters belum mengesahkan laporan itu.

Kyiv dan Moscow saling menuduh tentang serangan ke atas loji tersebut, yang merupakan stesen bekalan tenaga nuklear terbesar Eropah, dalam beberapa bulan kebelakangan ini. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg