Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia dakwa tawan Bakhmut, Ukraine kata 'tidak benar'

May 21, 2023 | 5:35 PM
BERAKHIRNYA PERTEMPURAN?: Askar upahan Kumpulan Wagner mengibarkan bendera Russia dan bendera  Wagner di atas bumbung bangunan di Bakhmut, Ukraine.
BERAKHIRNYA PERTEMPURAN?: Askar upahan Kumpulan Wagner mengibarkan bendera Russia dan bendera  Wagner di atas bumbung bangunan di Bakhmut, Ukraine. - - Foto AFP

BAKHMUT: Russia pada Sabtu mendakwa ia telah menawan sepenuhnya bandar Bakhmut di timur Ukraine, yang akan menandakan berakhirnya pertempuran paling lama dan paling berdarah dalam perang 15 bulan itu. Serangan ke atas bandar yang sebahagian besarnya telah diratakan itu diketuai askar upahan Kumpulan Wagner, yang ketuanya, Encik Yevgeny Prigozhin, berkata awal Sabtu bahawa tenteranya akhirnya telah mengusir askar Ukraine keluar dari kawasan binaan terakhir di dalam bandar itu. Menguasai Bakhmut - yang Russia panggil dengan nama Artyomovsk dari era Soviet Union - akan melambangkan kemenangan besar pertama Moscow dalam konflik itu dalam tempoh lebih 10 bulan. "Hasil tindakan unit serangan Wagner, disokong meriam dan pasukan udara, pembebasan Artyomovsk telah selesai," kata kementerian pertahanan Russia dalam satu kenyataan. Kyiv menafikan dakwaan Encik Prigozhin pada awal Sabtu, tetapi tidak memberi tindak balas segera terhadap kenyataan kementerian pertahanan itu. Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengucapkan tahniah kepada tentera negara itu kerana menawan bandar itu dan berkata mereka yang telah memberi sumbangan besar dalam pertempuran itu akan diberi anugerah, lapor agensi berita setempat Russia. Dakwaan itu dikeluarkan seminggu selepas tentera Ukraine meraih kejayaan di bahagian utara dan selatan Bakhmut. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg