Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia, Korea Utara 'luas hubungan dua hala'

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Presiden Russia Vladimir Putin memberitahu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kedua-dua negara akan "memperluaskan hubungan dua hala yang komprehensif dan membina dengan usaha bersama," lapor media pemerintah Pyongyang semalam.



Dalam surat kepada Kim sempena hari pembebasan Korea, Encik Putin berkata hubungan yang lebih erat akan menjadi kepentingan kedua-dua negara, dan akan membantu mengukuhkan keselamatan dan kestabilan semenanjung Korea dan rantau Asia Timur Laut, kata agensi berita KCNA Korea Utara.



Encik Kim juga menghantar surat kepada Encik Putin dengan berkata persahabatan Russia-Korea Utara telah terjalin dalam Perang Dunia Kedua dengan kemenangan ke atas Jepun, yang telah menduduki semenanjung Korea.



"Kerjasama, sokongan dan perpaduan strategik dan taktikal" antara kedua-dua negara telah mencapai tahap baru adalah usaha bersama mereka untuk menggagalkan ancaman dan provokasi daripada pasukan tentera yang bermusuhan, kata Encik Kim dalam surat itu.



KCNA tidak mengenal pasti pasukan musuh, tetapi ia biasanya menggunakan istilah itu untuk merujuk kepada Amerika Syarikat dan sekutunya.



Encik Kim meramalkan kerjasama antara Russia dan Korea Utara akan berkembang berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 2019 apabila beliau bertemu dengan Putin.



Korea Utara pada Julai mengiktiraf dua "republik rakyat" yang dipisahkan oleh Russia di timur Ukraine sebagai negara merdeka, dan pegawai meramalkan prospek pekerja Korea Utara mungkin dihantar ke kawasan itu untuk membantu dalam pembinaan dan kerja buruh lain.



Ukraine, yang menentang pencerobohan Russia yang disifatkan oleh Moscow sebagai "operasi ketenteraan khas", serta-merta memutuskan hubungan dengan Pyongyang berhubung tindakan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >