Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia lulus rang kenakan hukuman lebih berat ke atas askar ingkar, enggan berkhidmat

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Para penggubal dasar Russia semalam telah meluluskan satu rang undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat atas kesalahan-kesalahan semasa perang, termasuk meninggalkan medan peperangan, mengingkari perintah dan menjauhi perkhidmatan tentera - suatu langkah yang dilihat sebagai menguatkan kehadiran tenteranya di Ukraine.



Rang tersebut, yang diluluskan dalam pembentangan kedua dan ketiga di Dewan Rendah Parlimen, Duma, hangat dibahaskan di negara itu tentang kemungkinan diadakan kerahan tenaga di seluruh negara selepas Ukraine dikatakan mencapai kejayaan di medan perang.



Sementara pemerintah Russia cuba mengekalkan ketenangan di kalangan warganya sejak melancarkan serangan, kemajuan yang dicapai Ukraine baru-baru ini menjadi lebih sukar baginya untuk berbuat demikian.



Perlembagaan itu tambahan terhadap konsep "kerahan" dan "undang-undang tentera" dalam kanun jenayah Russia, dibuat sedang timbulnya beberapa pengumuman daripada pemimpin di wilayah yang dikuasai pihak pemisah di Ukraine, untuk mengadakan pungutan suara bagi menyertai Russia, yang akan digunakan oleh Kremlin untuk mempertahankan kawasan-kawasan di sebahagian daripada wilayah Russia di Ukraine itu.



Rang tersebut dijangka diluluskan semalam oleh Majlis Persekutuan yang dikuasai oleh Kremlin, iaitu Parlimen Russia - dilihat hanya sebagai syarat sahaja - sebelum ditandatangani oleh Presiden Vladimir Putin.



Antaranya, rang tersebut akan mengenakan hukuman penjara lebih berat bagi kesalahan meninggalkan medan perang, mengelakkan diri daripada perkhidmatan tentera dengan "berpura-pura sakit" dan mengingkari perintah pegawai berkuasa tentera.



Ia juga akan menjadikan tindakan menyerah diri secara sukarela sebagai satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.



Menjarah juga akan dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun, menurut kenyataan parlimen negara itu.



Rang tersebut juga akan mengenakan hukuman penjara terhadap kontraktor yang gagal membekalkan senjata kepada pasukan tentera. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >