Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia mungkin tiru strategi 'serang sebelum diserang' AS

Putin dakwa ada senjata lakukan tugas sedang ketegangan dengan Nato berkaitan Ukraine meningkat
Dec 11, 2022 | 05:30 AM



BISHKEK (Kyrgyzstan): Presiden Russia, Encik Vladimir Putin kelmarin berkata Kremlin mungkin menggunakan strategi 'serang sebelum diserang', serupa dasar Amerika Syarikat.



Malah, beliau mendakwa sudah mempunyai senjata untuk melakukan tugas itu, dalam satu kenyataan spontan di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat membabitkan Russia-Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) ke atas Ukraine.



Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan seorang wartawan yang memintanya menjelaskan kenyataannya awal minggu ini tentang penggunaan senjata nuklear.



Bercakap hanya beberapa hari selepas memberi amaran tentang risiko perang nuklear tetapi Russia tidak akan menyerang dahulu, Encik Putin kini dilihat berubah fikiran.



"Pertama sekali, Amerika Syarikat ada dasar menyerang lebih dulu sebagai langkah pertahanan. Kedua, ia sedang membangunkan satu sistem mematahkan serangan," kata Encik Putin kepada wartawan semasa menghadiri sidang kemuncak negara-negara bekas Soviet di Bishkek, Kyrgyzstan.



"Kami terfikir mengenai perkara itu. Mereka tidak segan untuk bercakap secara terbuka mengenainya sejak bertahun-tahun," katanya yang merujuk kepada dasar AS itu.



Sejak bertahun-tahun, kata Encik Putin, Kremlin menyuarakan kebimbangan berhubung usaha AS membangunkan keupayaan Serangan Konvensional Pantas Global, berkeupayaan menyerang sasaran musuh di mana-mana lokasi dalam sejam.



"Bercakap mengenai pelucutan senjata, mungkin kita patut memikirkan untuk menerima pakai idea yang dibangunkan AS bagi memastikan keselamatan mereka," katanya.



Tambahnya, Russia kini turut mempunyai peluru berpandu jelajah benua yang berupaya mengatasi kemaraan AS.



Walaupun Encik Putin merujuk kepada senjata berpandukan ketepatan konvensional apabila bercakap mengenai kemungkinan meniru strategi sama, beliau secara khusus menyatakan AS juga tidak menolak penggunaan pertama senjata nuklear.



"Jika musuh berpotensi percaya ia boleh menggunakan teori melakukan serangan awal dan kami tidak (berbuat demikian), ia membuatkan kami terfikir mengenai ancaman yang ditimbulkan oleh idea sedemikian dalam strategi pertahanan negara lain," katanya.



Di Washington, penasihat kepada Presiden AS, Encik Joe Biden, melihat komen Encik Putin itu sebagai 'agresif' dan satu lagi amaran secara tersirat bahawa beliau boleh menggunakan senjata nuklear taktikal, kata seorang pegawai AS yang enggan mendedahkan identitinya.



Pegawai itu turut berkata, doktrin ketenteraan Russia sejak sekian lama menyatakan Moscow berhak menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera berskala besar.



Lewat Oktober lalu, Encik Putin memberi amaran dunia mungkin sedang memasuki dekad paling berbahaya sejak tamatnya Perang Dunia Kedua.



Katanya, krisis ketika ini adalah sebagai perjuangan Russia untuk terus hidup.



"Russia bukan mencabar golongan elit Barat, Russia hanya mempertahankan haknya untuk terus hidup," katanya. - AFP, Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >