Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Russia serang lebih 40 bandar di Donbas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Russia serang lebih 40 bandar di Donbas

May 27, 2022 | 05:30 AM

KYIV: Tentera Russia menyerang lebih 40 bandar di wilayah Donbas di timur Ukraine, dan mengancam menutup laluan terakhir bagi orang awam yang terperangkap keluar dari kawasan pencerobohan yang memasuki bulan keempat.

Selepas gagal menawan ibu negara Ukraine, Kyiv, atau bandar kedua Kharkiv, Russia kini cuba mengawal Donbas sepenuhnya merangkumi dua wilayah timur yang dituntut Moscow bagi pihak kumpulan pemisah.

Pasukan Russia melancarkan serangan habis-habisan dengan mengepung tentera Ukraine di dua bandar yang merentasi sungai di timur negara itu.

Pertempuran itu dijangka menentukan kejayaan atau kegagalan gerakan ketenteraan utama Moscow di timur Ukraine.

Genap tiga bulan selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia menceroboh Ukraine, pihak berkuasa di bandar Kharkiv membuka semula stesen kereta api bawah tanah.

Sebelum ini, ribuan penduduk terpaksa berlindung di stesen kereta api bawah tanah kerana bimbang menjadi mangsa serangan Russia.

Langkah itu dilihat sebagai kejayaan terbesar tentera Ukraine sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali gus mengusir keluar sebahagian besar pasukan Russia daripada jangkauan artileri Kharkiv seperti dilakukan di Kyiv pada Mac lalu.

"Kami sedang menyaksikan fasa paling aktif pencerobohan berskala penuh yang dilancarkan Russia ke atas Ukraine.

"Keadaan di bahagian (timur) amat sukar memandangkan nasib negara ini mungkin ditentukan (di sana)," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine, Encik Oleksandr Motuzyanyk.

Bahagian hujung timur Donbas yang dikuasai Ukraine, iaitu bandar Sievierodonetsk di tebing sungai Siverskiy Donets dan Lysychansk di tebing barat, kini menjadi medan perang penting dengan tentera Russia mara dari tiga arah untuk mengepung mereka.

"Tentera Russia menumpukan usahanya dengan melancarkan serangan mengepung Lysychansk dan Sievierodonetsk.

"Serangan tembakan di Sievierodonetsk semakin meningkat dan tentera Russia hanya sedang memusnahkan bandar itu," kata Gabenor wilayah Luhansk, Encik Serhiy Gaidai.

Menurutnya, kira-kira 15,000 penduduk tinggal di bandar Sievierodonetsk.

Pertempuran sengit berlaku di timur Ukraine dengan tentera Russia hampir mengepung bandar perindustrian utama ketika Presiden Volodymyr Zelensky menegur Barat kerana tidak cukup membantu Kyiv untuk memenangi perang.

Encik Gaidai, menyifatkan pertempuran di luar bandar perindustrian Severodonetsk iaitu matlamat ketenteraan utama bagi Russia sebagai "sangat sukar" dengan mengatakan tentera negara itu membedil bandar berkenaan dari pinggir dengan mortar.

"Minggu mendatang akan menjadi penentu. Terdapat sejumlah besar tembakan," kata Encik Gaidai dalam video yang disiarkan di Telegram sambil menambah bahawa beliau percaya matlamat Russia adalah mahu "menawan" wilayah Luhansk tidak kira apa kosnya.

Terdahulu, ketika berucap pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Menteri Ehwal Luar Ukraine, Encik Dmytro Kuleba, membandingkan pertempuran di Donbass dengan pertempuran dalam Perang Dunia Kedua dengan berkata negaranya "teruk'' dan memerlukan beberapa sistem roket pelancar untuk menyamai kuasai tembakan Russia.

Encik Zelensky turut mengulangi rayuan itu dengan berkata pihaknya memerlukan bantuan daripada rakan kongsi.

"Kami perlu bantuan rakan kongsi, terutama sekali senjata untuk Ukraine. Bantuan penuh, tanpa pengecualian, tanpa had, cukup untuk menang," kata Encik Zelensky dalam ucapan hariannya kepada negara itu. - Agensi berita.


RAYUAN SEORANG PRESIDEN

"Kami perlu bantuan rakan kongsi, terutama sekali senjata, untuk Ukraine. Bantuan penuh, tanpa pengecualian, tanpa had, cukup untuk menang."
- Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3