Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia tawan loji janakuasa kedua terbesar Ukraine

Moscow kerah semula askar besar-besaran ke tiga rantau selatan
Jul 29, 2022 | 5:30 AM
DI TENGAH-TENGAH KEMUSNAHAN: Pekerja dilihat berada di medan legar sebuah pusat pejabat dan membeli belah di tengah Kharkiv, Ukraine, pada 27 Julai lalu, yang ranap akibat serangan Russia. - Foto AFP
DI TENGAH-TENGAH KEMUSNAHAN: Pekerja dilihat berada di medan legar sebuah pusat pejabat dan membeli belah di tengah Kharkiv, Ukraine, pada 27 Julai lalu, yang ranap akibat serangan Russia. - Foto AFP -

KYIV: Tentera Russia telah menawan loji janakuasa kedua terbesar Ukraine, menurut penasihat Presiden Volodymyr Zelensky kelmarin.

Pasukan bersenjata yang disokong tentera Russia awalnya telah mendakwa mengenai penawanan menyeluruh loji tersebut.

Rampasan loji janakuasa Vuhlehirsk era Soviet di timur Ukraine itu merupakan pemerolehan strategik terbesar Moscow dalam lebih tiga minggu.

"Mereka mencapai satu kelebihan taktikal kecil - menawan Vuhlehirsk," kata penasihat presiden, Encik Oleksiy Arestovych, dalam satu wawancara yang dimuatkan ke YouTube.

Russia kini sedang melakukan "pengerahan semula secara besar-besaran" tenteranya di tiga rantau selatan, katanya.

Beliau berkata Russia seolah-olah beralih daripada serangan kepada pertahanan strategik, menggunakan serangan taktikal dalam usaha melemahkan potensi serangan Ukraine di wilayah perindustrian Donetsk timur yang penting.

"(Ini akan) meletak kami dalam kedudukan kami tidak dapat membebaskan semua wilayah kami dan mengadakan perbincangan," katanya.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Anthony Blinken, kelmarin menyatakan beliau merancang mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Ehwal Luar Russia, Encik Sergei Lavrov - yang pertama antara dua diplomat itu sejak sebelum perang.

Panggilan telefon itu tidak akan menjadi "satu rundingan tentang Ukraine", katanya pada satu sidang media, mengulangi pendirian Washington bahawa sebarang rundingan dalam menamatkan perang mestilah antara Kyiv dan Moscow.

Russia tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Washington tentang panggilan telefon itu, lapor agensi berita Tass.

Ukraine dalam pada itu menjelaskan ia berhasrat menawan semula bandar selatan Kherson, yang jatuh ke tangan Russia pada awal peperangan.

Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Encik Oleksiy Danilov, sebelum ini berkta Tweetnya Russia menumpukan "jumlah maksimum tentera" ke arah Kherson, tetapi tidak memberikan butiran.

Encik Arestovych berkata Russia turut menghantar tentera ke wilayah Melitopol dan Zaporizhzhia di selatan.

Ukraine membedil sebuah jambatan penting yang melintasi Sungai Dnipro di Kherson, menutupnya kepada lalu lintas. Pegawai Russia sebelum ini berkata mereka akan beralih ke jambatan pontun dan feri untuk membolehkan pasukan tentera menyeberangi sungai.

Pada 23 Julai, Russia melakukan serangan peluru berpandu ke atas prasarana kereta api dan lapangan terbang tentera di tengah Ukraine, menyebabkan sekurang--kurangnya tiga maut, termasuk seorang askar Ukraine, kata seorang gabenor wilayah.

Serangan Russia di tengah Ukraine semakin meningkat selepas ketenteraman yang datang ketika pertempuran tertumpu di wilayah timur Donbas, yang kebanyakannya kini dikuasai Moscow.

Jumlah korban yang diumumkan daripada serangan tersebut adalah pengakuan luar biasa mengenai kematian tentera yang tepat dari Ukraine, dalam konflik di mana maklumat kematian askar dikawal rapi oleh kedua-dua belah pihak. - AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg