Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia terus mara bagi tawan bandar timur Ukraine

Mar 1, 2023 | 6:45 PM
HADAPI SERANGAN RUSSIA: Beberapa penduduk tempatan melihat bangunan yang musnah di tengah-tengah serangan Russia ke atas Ukraine, di bandar Chasiv Yar, di wilayah Donetsk, Ukraine, pada 27 Februari lalu.
HADAPI SERANGAN RUSSIA: Beberapa penduduk tempatan melihat bangunan yang musnah di tengah-tengah serangan Russia ke atas Ukraine, di bandar Chasiv Yar, di wilayah Donetsk, Ukraine, pada 27 Februari lalu. - REUTERS

DONETSK (Ukraine): Tentera Russia berusaha meneruskan kemaraan mereka pada Selasa untuk mengepung dan menawan bandar Bakhmut di timur Ukraine, di mana panglima tentera darat Ukraine menyifatkan keadaan di situ sebagai "amat tegang". Menawan Bakhmut, tempat pertempuran paling berdarah, akan menjadi hadiah utama pertama Russia dalam tempoh lebih enam bulan dan membuka jalan untuk merampas bandar besar lain di wilayah Donetsk, salah satu daripada empat wilayah yang dilhak Moscow di bawah "operasi ketenteraan khasnya" di Ukraine. Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, telah mengarahkan perkhidmatan keselamatan FSB pada Selasa untuk memperkukuh keselamatan di empat wilayah - pada masa ini hanya diduduki sebahagian oleh tenteranya - dan juga untuk menentang apa yang disifatkannya sebagai peningkatan operasi pengintipan dan sabotaj terhadap Russia oleh Ukraine dan pihak Barat. Beliau bertindak demikian selepas seorang gabenor wilayah Russia berkata satu dron telah terhempas berhampiran stesen pengedaran gas asli pada minggu lalu dalam satu serangan yang gagal berhampiran bandar Kolomna, hanya 110 kilometer ke tenggara Moscow. Ukraine tidak mengaku bertanggungjawab secara terbuka terhadap serangan di dalam Russia. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg