Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia terus mara di timur, gesa askar Ukraine serah diri

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



KYIV/KHARKIV: Russia menggesa pejuang Ukraine semalam yang masih mempertahan kedudukan di Mariupol supaya menyerah diri sedang ia cuba meraih kemenangan besar dalam serangan di bahagian timur Ukraine.



Gesaan Russia ini telah menyebabkan pemerintah Barat mengikrarkan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada Kyiv.



Ribuan askar Russia yang disokong dengan senjata dan roket telah mara yang disifatkan pegawai Ukraine sebagai 'Perang Donbas'.



Awal daripada itu, Moscow telah menawan bandar Kreminna. Serangan yang berlangsung sejak lapan minggu telah mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan sedang Russia masih gagal menawan kota-kota besar Ukraine, hingga memaksa Moscow kembali memberi tumpuan ke kawasan-kawasan pemisah.



Sementara itu, pertempuran antara tentera Ukraine dengan tentera Russia "berterusan" di pelabuhan strategik Mariupol, gabenor tempatan memberitahu CNN.



"Pertempuran masih berterusan di Mariupol. Ini adalah pertempuran jalanan," kata Encik Pavlo Kyrylenko, gabenor wilayah Donetsk timur Ukraine.



Tentera Ukraine di sana "sedang teruk dibom" tetapi "terus mempertahankan Mariupol."



"Terdapat daerah tertentu di mana pertempuran jalanan berterusan," kata Encik Kyrylenko sambil menambah bahawa pertempuran itu "bukan hanya pertempuran senjata kecil tetapi juga pertempuran kereta kebal."



Tidak mungkin untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh mana-mana pihak memandangkan skala pertempuran dan kekurangan komunikasi.



Tentera Russia dipercayai telah beransur-ansur masuk ke bandar itu, memaksa tentera Ukraine ke kilang besar Azovstal berhampiran pelabuhan, yang dilengkapi dengan terowong bawah tanah yang luas.



Beberapa pegawai Ukraine semalam berkata, tentera Russia menyerang sebuah hospital berhampiran kilang Azovstal.



Ahli perniagaan tempatan dan Ahli Parlimen, Encik Serhiy Taruta, melalui catatan di Facebook, sekitar 300 orang berada di dalam bangunan ketika ia diserang, tetapi penasihat Datuk Bandar Mariupol, Encik Petro Andryushchenko, kemudian berkata "tiada sesiapa yang bersembunyi di zon sekitar Azovstal, terutamanya di hospital yang sudah musnah, sejak beberapa lama."



Encik Svyatoslav Palamar, seorang komander dalam batalion nasionalis Azov yang mempertahankan Mariupol, memberitahu media tempatan bahawa "kilang Azovstal telah dibom dan hampir musnah sepenuhnya."



Russia semalam menyeru tentera Ukraine di Mariupol untuk "segera" meletakkan senjata mereka dalam kata dua terbaru.



Kementerian pertahanannya berkata, tentera Ukraine yang masih bersembunyi di Azvostal sedang menghadapi "situasi malapetaka".



"Setiap orang yang meletakkan senjata mereka akan dijamin selamat," katanya.



Majlis bandar Mariupol Isnin lalu berkata, ratusan orang awam turut berlindung di kilang itu.



"Terdapat sekurang-kurangnya 1,000 orang awam di tempat perlindungan bawah tanah loji metalurgi itu. Kebanyakannya wanita dengan kanak-kanak dan warga tua," katanya di Telegram.



Russia minggu lalu mendakwa, lebih 1,000 askar Ukraine telah menyerah diri di Mariupol dari sebuah kilang yang berasingan.



Menurut pemisah Ukraine pro-Russia, beberapa ratus yang lain masih berpjuang dari dalam kilang Azovstal yang besar.



Ribuan orang awam dipercayai terbunuh di bandar itu, dengan mereka yang melarikan diri bercakap mengenai sekiaran yang mengerikan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >