Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia tingkat pengeluaran senjata 'paling berkuasa'

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Russia sedang meningkatkan pengeluaran senjata generasi baru untuk melindungi negaranya daripada musuh-musuh di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, kata mantan Presiden Russia, Encik Dmitry Medvedev, kelmarin.



"Kami sedang meningkatkan pengeluaran (senjata) paling berkuasa dan memusnahkan. Ini termasuk kesemuanya berdasarkan prinsip-prinsip baru," kata Encik Medvedev melalui aplikasi kiriman pesan Telegram.



"Musuh kita bukan sahaja di wilayah tempat asal kita, Malorossiya," kata Encik Medvedev, menggunakan istilah itu untuk menggambarkan wilayah-wilayah Ukraine zaman moden yang menjadi sebahagian daripada Empayar Russia di bawah kekuasaannya dulu.



"Ia adalah di Eropah, Amerika, Jepun, Australia, New Zealand dan beberapa lagi di tempat-tempat lain yang pernah berikrar setia kepada Nazi," kata beliau.



Encik Medvedev, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Majlis Keselamatan Russia, tidak pula memberikan butir-butir tentang senjata yang dikatanya itu.



Presiden Vladimir Putin telah berulang kali mengatakan bahawa Russia sedang membangunkan senjata-senjata baru, termasuk senjata hipersonik yang dibanggakannya berupaya memintas sistem pertahanan peluru berpandu yang ada sekarang.



Sejak Encik Putin mengerahkan tenteranya ke Ukraine pada 24 Februari, Encik Medvedev, 57 tahun, telah sering menulis di media sosial dengan angkuhnya.



Dengan Moscow kelihatan lemah dalam serangannya ke atas Ukraine, kebuntuan tentera menimbulkan kebimbangan bahawa Russia mungkin menggunakan senjata nuklearnya untuk mencapai kejayaan ketenteraan.



Pada Jumaat lalu, Encik Putin berkata Russia akan meminda doktrin ketenteraannya dengan kemungkinan melancarkan serangan awal bagi melumpuhkan musuh.



Kenyataan itu dilihat sebagai satu pembayang bahawa ia merujuk kepada serangan nuklear.



Pemimpin Kremlin itu mendakwa bahawa sistem peluru berpandu dan hipersonik Russia adalah "lebih canggih dan malah lebih cemerlang" berbanding dengan apa yang dimiliki oleh Amerika. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >