Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia, Ukraine tingkat serangan sedang serangan balas berlaku

May 3, 2023 | 5:30 AM
MUSNAH: Russia melancarkan serangan udara di seluruh Ukraine, serangan meluas keduanya dalam masa empat hari. - Foto EPA-EFE
MUSNAH: Russia melancarkan serangan udara di seluruh Ukraine, serangan meluas keduanya dalam masa empat hari. - Foto EPA-EFE -

KYIV: Tanda-tanda serangan balas oleh Ukraine meningkat pada Isnin dengan serangan ketenteraan yang dipertingkat oleh kedua-dua pihak, tentera Russia bergerak ke kedudukan pertahanan dan juga letupan tidak dijelaskan yang menyebabkan kereta api bekalan terlepas daripada landasannya di sempadan Russia.

Menteri pertahanan Ukraine, Encik Oleksii Reznikov, dalam satu penampilan di televisyen nasional berkata tentera sedang "mencapai garisan penamat" dalam persediaan untuk melancarkan serangan balas dan bahawa komander akan memutuskan "bagaimana, di mana dan bila".

Hari itu bermula dengan Russia melancarkan serangan udara di seluruh Ukraine, serangan meluas keduanya dalam masa empat hari.

Di Pavlograd, sebuah bandar di tengah Ukraine, puluhan bangunan rosak, termasuk sekolah dan rumah, kata pegawai tempatan, dan serangan peluru berpandu mencetuskan kebakaran besar yang menerangi langit malam.

Di Kyiv dan tempat lain, letupan bergema sebelum matahari terbit sedang pertahanan udara menembak apa yang tentera Ukraine kata adalah 15 daripada 18 peluru berpandu Russia.

Tetapi walaupun sedang Moscow melancarkan serangannya, pasukannya bersiap sedia untuk serangan balas, dan bergerak ke posisi pertahanan di selatan, menurut pegawai Ukraine dan Barat.

Agensi perisikan pertahanan Britain pada Isnin berkata Russia telah "membangunkan antara sistem kerja pertahanan ketenteraan yang paling luas yang pernah dilihat di mana-mana di dunia selama beberapa dekad", bukan sahaja berhampiran barisan hadapan tetapi juga "dalam kawasan yang dikuasai Russia ketika ini".

Pada penghujung hari, Ukraine melaporkan bahawa juruterbangnya telah melakukan empat serangan di kawasan di mana tentera musuh tertumpu, lapor NY Times.

Mereka berkata tembakan roket dan meriam telah melanda lima kawasan di mana senjata dan peralatan ketenteraan tertumpu, serta depot peluru dan pusat logistik.

Ukraine tidak banyak bercakap mengenai letupan yang dilaporkan telah menyebabkan kereta api kargo tergelincir di wilayah Bryansk di Russia pada Isnin, yang terbaru dalam siri serangan yang melanda kawasan bersempadan dengan Ukraine.

Gambar dan video yang tersebar di media sosial menunjukkan kebakaran besar dan sebuah kereta api condong, dengan sekurang-kurangnya satu gerabak terbaring di sisinya.

Rybar, sebuah blog tentera Russia pro-perang yang menyiarkan salah satu video itu, berkata kereta api yang membawa produk minyak dan kayu terbaring di sisi.

Syarikat kereta api Russia berkata dalam satu kenyataan bahawa "pencerobohan oleh individu yang tidak dibenarkan" telah menyebabkan kebakaran di lokomotif itu dan menyekat lalu lintas di laluan kereta api tersebut. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg