Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Rusuhan di Bangunan Capitol dedah kelemahan keselamatan dan perisikan'

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Rusuhan di Bangunan Capitol di Amerika Syarikat pada 6 Januari lalu telah mendedahkan kelemahan dari segi keselamatan dan perisikan, dengan pihak berkuasa tentera bertindak terlalu lambat untuk mengerahkan Pengawal Nasional menangani kumpulan besar orang ramai yang terlibat dalam kejadian ganas itu.



Demikian dinyatakan sebilangan pegawai keselamatan kepada Kongres semasa satu sidang Senat kelmarin.



Dalam sidang pertama mengenai aspek kegagalan keselamatan, yang mengaitkan ketua polis Capitol dan ketua polis Washington selain pegawai keselamatan Kongres, kumpulan pegawai itu mengakui mereka kekurangan data perisikan dan penyelarasan dalam menghadapi pemberontakan domestik terburuk sejak Perang Saudara.



Dalam kenyataan mereka, pegawai itu menggambarkan pegawai keselamatan yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding perusuh yang ramai lagi bersenjata.



Mereka menarik perhatian akan kekurangan perisikan mengenai tahap ancaman termasuk penilaian bahawa kemungkinan berlakunya kekacauan dan keganasan pada 6 Januari adalah "terpencil" dan "mustahil".



Ini walaupun kumpulan pelampau seperti Proud Boys telah mendedahkan bahawa mereka akan datang ke Washington pada hari itu untuk membuat kacau.



"Penjenayah ini bersiap sedia untuk berperang," kata ketua polis Capitol ketika itu, Encik Steven Sund.



Tetapi "tidak ada entiti, termasuk FBI (Biro Siasatan Federal), yang memberi perisikan yang menunjukkan bahawa akan ada serangan ganas yang terselaras di Bangunan Capitol oleh ribuan pemberontak yang lengkap bersenjata," situasi yang membuat bilangan pegawainya "jauh lebih kecil" daripada kumpulan yang mengganas itu.



Encik Sund meletak jawatan berikutan rusuhan itu, yang menyebabkan lima orang mati termasuk seorang pegawai polis dan empat orang lain.



Pegawai keselamatan yang bertanggung jawab bagi Dewan Perwakilan, Encik Paul Irving; dan Senat, Encik Michael Stenger, juga meletak jawatan masing-masing.



Dalam satu sidang bersama jawatankuasa keselamatan dalam negeri dan peraturan Senat, Encik Irving memberi kesaksian bahawa "perisikan yang ada adalah tidak akan berlaku serangan yang terselaras di Capitol, dan tidak juga dipertimbangkan dalam perbincangan antara agensi yang saya hadiri di beberapa hari sebelum serangan".



Pemangku ketua polis Washington, Encik Robert Contee, pula berkata pegawainya terpaksa "memperjuangkan nyawa mereka" di Bangunan Capitol.



Namun beliau "terkejut dengan respons" Jabatan Tentera Darat yang dikatakan beliau sebagai "enggan" mengerah pasukan Pengawal Nasional untuk melindungi Capitol.



Rusuhan itu, yang didorong oleh dakwaan palsu presiden Amerika ketika itu, Encik Donald Trump, yang berulang kali mendakwa pilihan raya presiden pada 3 November adalah satu penipuan.



Para pegawai yang menyertai sidang itu bersetuju bahawa kajian menyeluruh mengenai operasi perkongsian perisikan dan proses dalaman diperlukan untuk menentukan pembaharuan yang akan dilakukan untuk mengelakkan berulangnya kejadian ganas 6 Januari. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >