Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rwanda guna robot tangani Covid-19

May 9, 2020 | 5:30 PM
CEGAH VIRUS: Orang ramai berdiri dalam bulatan putih bagi mematuhi langkah jarak selamat bagi mengekang penularan koronavirus di stesen bas Nyabugogo, Kigali, Rwanda, pada 4 Mei lalu, hari pertama pemerintah melonggarkan perintah berkurung di negara itu.
CEGAH VIRUS: Orang ramai berdiri dalam bulatan putih bagi mematuhi langkah jarak selamat bagi mengekang penularan koronavirus di stesen bas Nyabugogo, Kigali, Rwanda, pada 4 Mei lalu, hari pertama pemerintah melonggarkan perintah berkurung di negara itu. - - Foto: AFP

KIGALI: Menteri Kesihatan Rwanda, Encik Daniel Ngamije, semalam menyatakan kementeriannya bercadang menggunakan robot di pusat rawatan koronavirus di tempat awam lainnya.

Lima robot diimport telah diberikan nama mengikut gaya Rwanda, dan akan bertindak sebagai perantara antara doktor dan pesakit, sekaligus mengurangkan hubungan manusia dan risiko jangkitan, kata menteri itu dalam sebuah program berita nasional di Radio Rwanda.

Selain digunakan di pusat rawatan, robot-robot ini akan digunakan untuk mengukur suhu di tempat awam seperti di perhentian bas dan pintu masuk gedung beli-belah.

Beberapa robot telah pun berada di Rwanda dan akan di programkan dan dikerahkan terlebih dahulu katanya.

Sejak penularan Covid-19, negara Afrika tengah itu telah menggunakan dron bagi meningkatkan kesedaran awam tentang penyakit tersebut.

Sehingga semalam, Rwanda telah mendaftarkan 273 kes positif Covid-19, termasuk 136 yang telah sembuh, menurut kementerian kesihatan negara itu. - Xinhua

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg