PEMERINTAH Singapura telah menawarkan bekalan dan kakitangan kemanusiaan bagi membantu Indonesia menangani krisis menyusuli gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menyampaikan bekalan dan kelengkapan kemanusiaan, termasuk khemah, makanan dan bekalan perubatan, menggunakan dua pesawat C-130 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).