Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILILHAN RAYA PRESIDEN INDONESIA

Sah, Jokowi lawan Prabowo

May 21, 2014 | 06:00 AM



JAKARTA: Pemilihan Presiden pada 9 Julai ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PDI-P, Encik Joko Widodo (Jokowi), dengan calon daripada Gerindra, Encik Prabowo Subianto.


Berita bahawa pemilihan Presiden merupakan pertandingan dua penjuru memberi kelegaan kepada banyak pihak, kerana ketidaktentuan pusingan kedua kini dapat dielakkan.


Namun ada pihak melahirkan kebimbangan bahawa pertarungan antara Encik Jokowi daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan Encik Prabowo dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) akan menjadi sengit dan berupaya memecahbelahkan masyarakat Indonesia.


Encik Jokowi, gabenor Jakarta yang begitu popular sejak dua tahun lalu, masih mendahului dalam tinjauan pendapat, tetapi Encik Prabowo, bekas panglima Komando Pasukan Khusus (Kopassus), telah mula menghakis kelebihan itu.


Dalam tempoh 24 jam, Encik Prabowo meraih kemenangan besar selepas Parti Golkar, yang memenangi 91 kerusi dalam Pemilihan Umum (Pemilu) bulan lalu, mengumumkan mereka akan menyokong pencalonannya.


Dalam sekelip mata, keadaan telah berubah.


“Perkembangan semasa menunjukkan momentum kini berpihak kepada Prabowo- Hatta,” kata pakar ekonomi politik, Dr Umar Juoro dari Pusat Kajian Pembangunan dan Maklumat.


“Ia merupakan pertandingan terbuka, dan kededuanya mempunyai peluang sama akan menang atau kalah. Siapa pun yang menang dijangka memenanginya dengan undi kecil,” tambahnya.


Encik Prabowo kini mempunyai kelebihan dari segi kerusi dalam Parlimen.


Pakatan enam parti yang melahirkan sokongan kepada Encik Prabowo dan Encik Hatta Rajasa, pengerusi Parti Amanat Nasional (PAN), kini menguasai 52 peratus kerusi, atau 292 kerusi, dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang akan mengangkat sumpah Oktober ini.


Encik Jokowi dan mantan naib Presiden, Encik Jusuf Kalla, disokong oleh empat parti dengan 37 peratus kerusi, atau 207 kerusi dalam DPR.


Sementara itu, Parti Demokrat yang dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, dengan 61 kerusi, akan mengambil sikap berkecuali. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >