Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saham Asia, dolar Amerika jatuh susuli data lemah pengilangan China

Nov 2, 2015 | 2:39 PM
-

TOKYO: Saham Asia jatuh dalam dagangan awal Isnin (2 Nov), manakala dolar Amerika Syarikat merosot berbanding kebanyakan mata wang serantau menyusuli kemerosotan dalam indeks pengilangan China yang menimbulkan kebimbangan mengenai ekonomi kedua dunia itu.

Dalam pasaran ekuiti, terdapat kerugian menyeluruh sedang data pada Ahad menunjukkan kegiatan dalam sektor pengilangan China yang luas merosot pada Oktober, bulan ketiga berturut-turut.

Data daripada tinjauan kilang dan sektor perkhidmatan rasmi yang dikeluarkan pada Ahad (Nov 1) mengukuhkan pandangan bahawa keadaan perniagaan di China terus merosot, tetapi lebih perlahan dan tanpa tanda-tanda ia akan merosot teruk, yang baru-baru ini menakutkan pelabur global.

Namun, ia tetap mencetus kebimbangan kerana pengilangan pemacu penting dalam pertumbuhan global.

Pelabur juga beralih kepada kegiatan mengambil untung selepas pasaran ekuiti melonjak bulan lepas, pulih daripada suku Julai-September paling teruk dalam tempoh empat tahun, sedang penganalisis berkata isyarat baru diperlukan bagi pasaran pulih selanjutnya.

Pada perdagangan awal Isnin, ringgit Malaysia naik 0.21 peratus berbanding dolar Amerika, sementara rupiah Indonesia bertambah 0.20 peratus, dolar Singapura meningkat 0.07 peratus, dolar Taiwan dan baht Thailand masing-masing 0.35 peratus dan 0.14 peratus lebih tinggi. - AFP, Bloomberg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg