Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Saham, ringgit M'sia jatuh ke paras terendah susuli bubar Parlimen

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Saham Malaysia dan ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun lalu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pembubaran Parlimen kelmarin bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) jatuh 1.6 peratus dengan pasaran kehilangan 20.81 mata, atau 1.48 peratus kepada 1,385.19 pada tengah hari semalam, dengan 26 daripada saham komponen KLCI dalam 'garis merah'.



Pasaran yang lebih luas juga merosot, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 742 berbanding 142, manakala 267 kaunter tidak berubah.



Manakala, ringgit jatuh 0.49 peratus kepada 4.6728 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).



Ringgit telah menyusut 11.4 peratus tahun ini berbanding dolar AS, terutamanya disebabkan kekuatan dolar AS di tengah-tengah kitaran pengetatan monetari Rizab Persekutuan (Fed).



Pengamat, Encik Wei-Liang Chang, pakar strategi FX dan kredit di DBS, berkata:



"Mandat politik yang kuat akan membantu, tetapi ringgit Malaysia akhirnya akan bergantung pada keutamaan kerajaan baru.



"Pasaran mahu melihat peningkatan penyatuan fiskal, lebih banyak dasar propertumbuhan, di samping keterbukaan yang lebih besar kepada perdagangan dan pelaburan."



Pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.



Pengamat di Maybank berkata tempoh ini berkemungkinan menyaksikan mata wang kekal dalam tekanan, ditambah dengan kelembapan pertumbuhan global.



Encik Shankaran Nambiar, dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, pula berkata pembubaran Parlimen kelmarin berkemungkinan menyebabkan ketidaktentuan politik, namun hanya dalam jangka pendek.



Bagaimanapun, beliau menjangkakan ketidaktentuan itu akan dipulihkan dan keseimbangan politik dicapai sebaik sahaja pilihan raya diadakan, sekali gus memberi kebaikan kepada peniaga.



Encik Shankaran berkata antara rungutan kini membabitkan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika, kekurangan tenaga buruh dan kenaikan harga barang yang tidak terkawal.



Sementara itu, Malacca Securities percaya perhatian akan beralih kepada PRU15 akan datang berikutan pembubaran Parlimen yang diumumkan.



"Pasaran saham mungkin didagangkan lebih rendah memandangkan ketidaktentuan menjelang PRU15, manakala pelabur asing mungkin melanjutkan aktiviti jualan mereka sejak minggu lepas.



"Dari segi komoditi, harga minyak mentah pula kekal melebihi paras AS$94 setong ($135.90),'' kata Malacca securities. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >