Sahkan sijil vaksinasi Covid-19 sebelum warga, pelancong masuk M'sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sahkan sijil vaksinasi Covid-19 sebelum warga, pelancong masuk M'sia

Sep 6, 2021 | 5:30 AM

Sahkan sijil vaksinasi Covid-19 sebelum warga, pelancong masuk M'sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
dfc486a8-7d98-49d3-8c08-1e56fc29ac0d
-

JOHOR BAHRU: Semua pelancong yang memasuki Malaysia - termasuk warga negara itu - perlu mengesahkan sijil vaksinasi Covid-19 mereka dengan pihak berkuasa, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Dr Adham Baba semalam.

Mereka yang mendapat vaksinasi lengkap di luar negara perlu membuat laporan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan sijil vaksinasi yang disahkan dan diiktiraf menerusi aplikasi MySejahtera.

Langkah itu bagi membolehkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mengesahkan ketulenan sijil vaksinasi antarabangsa serta vaksinasi yang diambil, menurut beliau.

Menurut beliau, ini juga membolehkan rakyat negara yang sudah lengkap vaksinasi di luar negara menjalani kehidupan seperti biasa.

"Mereka yang mendapat vaksinasi di luar negara, termasuk Singapura atau negara lain dan ingin mendapat sijil vaksinasi digital menerusi aplikasi MySejahtera, mereka perlu datang ke Pejabat Kesihatan Daerah bagi membuat laporan.

"Ia bagi membolehkan mereka memaklumkan mengenai vaksinasi yang diterima di luar negara untuk disahkan secara rasmi.

"Yang penting, kita mahu sahkan sama ada sijil vaksinasi antarabangsa diterima itu tulen, selain jenis vaksin yang diterima diluluskan negara.

"Jabatan Kesihatan Negeri akan hantar laporan itu ke CPRC di Putrajaya sebelum agensi itu membuat pengesahan serta memaklumkan MySejahtera untuk mengeluarkan sijil vaksinasi digital di aplikasi itu. Itu proses yang sedang kita laksanakan," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mount Austin di Austin International Convention Centre, di Johor semalam.

Sementara itu, Dr Adham yang juga Pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, kerajaan Malaysia akan memeriksa sijil vaksinasi setiap pelancong di pintu masuk antarabangsa Langkawi sebaik pulau peranginan itu dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan, mulai 16 September ini.

"Pelancong akan tunjuk sijil vaksinasi mereka di pintu masuk antarabangsa di Langkawi untuk pengesahan. Akan ada SOP (prosedur operasi standard) tertentu yang akan dilaksanakan nanti," katanya.

Memberi perkembangan tentang usaha mengekang penularan virus itu, Dr Adham berkata, seramai 70,000 kontak rapat Covid-19 berjaya dikesan setiap hari sejak aplikasi MySejahtera dilancarkan.

Beliau berkata ia telah membantu kerajaan dalam membuat pengesanan kontak rapat jika tercetus kluster atau penularan di sesuatu kawasan.

Sehingga kelmarin, sekitar 175,360 individu di Johor telah menerima vaksinasi mereka melalui 13 PPV bergerak.

"Daripada jumlah itu, 89,263 telah menerima dos pertama sementara 86,097 telah menerima kedua-dua dos tersebut.

"Sebanyak 261,457 dos telah diberikan melalui 13 PPV bergerak dan jika jumlahnya meningkat menjadi 20, lebih ramai orang di negeri ini dapat segera divaksinasi," Dr Adham. - The Star, BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg