Premium
Sahruddin mula tugas MB Johor, akan lantik exco baru
Apr 16, 2019 | 5:30 AM
SERAH KUASA: Bekas Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Osman Sapian (kanan) menyerahkan tugasnya kepada Menteri Besar Johor terkini, Dr Sahruddin. - Foto THE STAR -
ISKANDAR PUTERI: Dr Sahruddin Jamal secara rasmi mengambil alih tugas dalam peranan barunya sebagai Menteri Besar Johor di Kota Iskandar di sini semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kali pertama bagi Bukit Kepong itu tiba di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, tempat Pejabat Menteri Besar terletak pada 9 pagi.

