Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Said Zahari meninggal dunia

Apr 12, 2016 | 4:26 PM
MENGHADAP ILLAHI: Bekas tahanan politik yang juga mantan editor Utusan Melayu, Allahyarham Said Zahari, 88 tahun, meninggal dunia hari ini pada 12.30 tengah hari tadi. - Foto THE STRAITS TIMES
MENGHADAP ILLAHI: Bekas tahanan politik yang juga mantan editor Utusan Melayu, Allahyarham Said Zahari, 88 tahun, meninggal dunia hari ini pada 12.30 tengah hari tadi. - Foto THE STRAITS TIMES -

KUALA LUMPUR: Bekas tahanan politik, Encik Said Zahari, telah meninggal dunia pada 12.30 tengahari tadi.

Berita kematian beliau telah dimaklumkan oleh anaknya, Encik Norman Said melalui tulisan di Facebooknya.

Encik Norman menulis: "Innalillah. Ayah saya, Said Zahari, telah kembali ke rahmatullah pukul 12.30 tengahari tadi," yang ditukil laman berita Malaysiakini.

Allahyarham Said, 88 tahun, merupakan tokoh wartawan yang disegani dan pernah menjadi tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 17 tahun semasa era pemerintahan Encik Lee Kuan Yew.

Beliau dilaporkan sebagai orang kedua paling lama ditahan (17 tahun) di bawah ISA selepas Encik Chia Thye Poh, menyusuli Operasi Cold Store yang dilaksanakan pemerintah pada 1963.

Allahyarham juga terkenal kerana pernah memimpin wartawan Utusan Melayu melakukan mogok pada tahun 1961 bagi membantah tindakan Umno menguasai akhbar tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg