Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA MALAYSIA – HARI PENAMAAN CALON

Saingan berbilang penjuru hangat rebut kerusi parlimen

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia kali ini menyaksikan persaingan berbilang penjuru bagi merebut kerusi parlimen di beberapa negeri, antaranya kerusi Sepang di Selangor menjadi rebutan lapan calon.



Kerusi parlimen Alor Setar pula, buat pertama kalinya menyaksikan persaingan tujuh penjuru, dengan lima calon parti politik dan dua calon bebas turun gelanggang.



Sementara kawasan undi parlimen Batu pula, menyaksikan 10 calon bersaing untuk merebut kerusi daripada penyandangnya, Encik P. Prabakaran, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Beliau turut diberi tentangan oleh Encik Tian Chua, Naib Presiden parti itu yang dipecat kerana memutuskan untuk bertanding sebagai calon bebas.



Pada PRU14, Encik Tian Chua menyatakan sokongan kepada Encik Prabakaran yang bertanding kerusi Parlimen Batu selepas beliau hilang kelayakan.



Pertembungan kali ini menyaksikan beberapa muka muda baru membuat penampilan antaranya pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan, Cik Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, yang lebih dikenali dengan nama 'glamour' Cleopatra (Bebas), dan peguam, Cik Siti Kasim (Bebas), serta Cik Wan Azliana Wan Adnan dari parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).



Proses penamaan calon bagi kerusi parlimen Kota Raja menyaksikan pertembungan lapan penjuru termasuk tiga calon Bebas.



Pertembungan itu turut menyaksikan penyandang kerusi yang juga Presiden Amanah, Encik Mohamad Sabu, tampil untuk mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan.



Beliau, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, menjadi calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan MBSA Kemuning Utama, Seksyen 32, pada 8.35 pagi, diikuti calon Pejuang, Encik Fahmi Bazlan Muda, serta calon Perikatan Nasional (PN), Encik Mohamed Diah Baharun.



Ia kemudian disusuli calon Barisan Nasional (BN), Encik D Kajendran, Encik P Raveentharan (Bebas); Encik S Surendhar (Bebas); Encik K Kumar (Bebas) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Cik Sarah Afiqah Zainol Arif.



Pada PRU-14, Encik Mohamad Sabu menentang calon BN, Encik V Gunalan, serta calon PAS, Encik Mohamed Diah Baharun, yang menyaksikan beliau meraih 90,697 undi, manakala PAS memperoleh 19,555 undi dan BN, 17,874 undi.



Encik Mohamad memenangi kerusi Parlimen Kota Raja dengan majoriti 71,142 undi.



Sementara di Ampang, kerusi bagi kawasan undi parlimen itu yang disandang Datuk Zuraida Kamaruddin sejak 2008, menyaksikan persaingan sengit dengan pertembungan sembilan penjuru.



Pilihan raya kali ini sedikit berbeza bagi Datuk Zuraida. Beliau, yang memenangi kerusi itu atas tiket PKR pada PRU-14 lalu, kali ini mahu mempertahankan kerusi atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM).



Datuk Zuraida dicabar Ketua Beliawanis dari Persatuan Cina Malaysia (MCA), Cik Ivone Low Yi Wen, sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN), selain Cik Rodziah Ismail (PH), Cik Sasha Lyna Abdul Latif (PN) dan Cik Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang).



Turut bertanding ialah Encik Lai Wai Chong (Warisan), dan tiga calon Bebas, Encik Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, Encik Tan Hua Meng serta Encik M Raveendran.



Beberapa kerusi parlimen lain menyaksikan pertandingan lima dan empat penjuru.



Antaranya kerusi parlimen Bagan Datuk dengan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menghadapi tentangan tiga calon lain.



Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Benut iaitu Encik Tawfik Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >