Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saingan AS-China hantui sidang Senat bagi lantikan pegawai kanan

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Persaingan antara Amerika Syarikat dan China menghantui sedang sidang Senat diadakan kelmarin bagi orang pilihan bakal presiden Joe Biden untuk mengisi jawatan kanan Kabinet, termasuk ehwal luar, perbendaharaan dan pertahanan.



Ini menandakan beberapa pendekatan tegas pentadbiran Trump terhadap Beijing sebelum ini kemungkinan besar berterusan di bawah pentadbiran Biden.



Calon Setiausaha Negara, Encik Antony Blinken, memberitahu panel Senat bahawa China menimbulkan cabaran paling utama kepada Amerika berbanding negara lain.



China di bawah Presiden Xi Jinping telah "menjadi lebih tegas dalam memaklumkan bahawa mereka berusaha menjadi negara paling utama di dunia", katanya.



"Ada peningkatan dari aspek permasalahan dalam hubungan, tentunya persaingan, dan masih ada kerjasama demi kepentingan kita bersama," kata Encik Blinken, seorang diplomat kerjaya berpengalaman meningkat ke jawatan kedua tertinggi Jabatan Negara di bawah pentadbiran Obama.



Memberi respons kepada pertanyaan para senator, Encik Blinken berkata rancangannya dalam berurusan dengan China melibatkan memanfaatkan sumber kekuatan Amerika.



Ini termasuk bekerjasama dengan sekutu dan bukan merendahkan mereka; mengetuai institusi antarabangsa dan bukan menyerahkannya kepada China; menentang pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang dan hakisan demokrasi di Hong Kong; dan pelaburan dalam tentera Amerika bagi mencegah penguasaan tentera China.



Encik Blinken berkata Amerika dan China terlibat dalam persaingan di peringkat tinggi untuk membentuk norma dan piawaian yang negara lain datang daripada mereka, Amerika mempunyai kewajipan untuk memastikan modelnya yang berjaya.



"Ada jurang semakin meningkat antara teknodemokrasi, iaitu, negara canggih teknologi yang juga demokrasi, dengan teknoautokrasi seperti China," katanya.



"Sama ada teknodemokrasi atau teknoautokrasi yang akan dapat menentukan cara teknologi digunakan... akan menjadi penting dalam membentuk dekad-dekad seterusnya."



Encik Blinken juga berkata komitmen Amerika dalam memastikan Taiwan mempunyai keupayaan mempertahankan dirinya daripada pencerobohan akan "sudah tentu kekal" dalam pemerintahan Biden.



Encik Blinken menambah bahawa beliau juga ingin melihat Taiwan memainkan peranan lebih besar di peringkat dunia, termasuk menjadi anggota pertubuhan antarabangsa yang menerima bukan negara menjadi anggota, dan menyertai dalam cara lain kumpulan yang tidak menerima bukan negara sebagai anggota.



Dalam ucapannya, Encik Blinken berjanji Amerika akan merebut semula kepimpinan globalnya semasa jawatannya. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >