Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saingan sengit pilih dua calon terakhir PM Britain

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Anggota Parlimen (AP) Parti Konservatif lewat semalam dijadual memutuskan dua calon terakhir yang akan bersaing dalam pertandingan untuk menggantikan Encik Boris Johnson sebagai Perdana Menteri Britain.



Setiausaha Luar, Cik Liz Truss, menjadi pilihan untuk menyertai mantan Menteri Kewangan, Encik Rishi Sunak, dalam undian dua calon terakhir itu.



Kelmarin, Encik Sunak mendahului pengundian keempat AP Konservatif (Tory) dengan 118 undi, hanya dua undi kurang daripada bilangan yang akan menjaminnya bagi tempat dua calon terakhir itu.



Namun, pertandingan bagi tempat kedua dilihat semakin sengit, setelah Cik Truss merapatkan jurang dengan Menteri Perdagangan, Cik Penny Mordaunt, yang telah mendapat tempat kedua dalam setiap pusingan pengundian, tetapi kini dilaporkan kian kehilangan sokongan.



Momentum dan perangkaan kini kelihatan memihak kepada Cik Truss dalam merebut jawatan Perdana Menteri baru Britain.



Keputusan undian kelima AP Tory dijadual diumumkan pada 4 petang semalam (11 malam waktu Singapura).



AP parti kerajaan itu akan mengetepikan satu lagi calon sebelum 200,000 anggota akar umbi parti itu kemudian memilih pemimpin baru mereka, yang secara automatik akan menjadi perdana menteri baru negara itu.



Tidak seperti pada 2019 apabila Encik Johnson adalah pilihan jelas semasa pertandingan serupa, keputusan kali ini lebih sukar untuk diramalkan, dengan tinjauan pendapat anggota parti menunjukkan Encik Sunak akan kalah kepada sesiapa yang dipilih untuk menghadapinya.



Dua calon terakhir berpeluang mengemukakan kes mereka kepada anggota akar umbi Parti Konservatif.



Semua calon juga akan mahu mengetengahkan idea sayap kanan mereka untuk meraih sokongan anggota parti itu, yang, menurut penyelidikan pada 2020 oleh Universiti London Queen Mary dan Projek Anggota Parti Universiti Sussex, adalah anggota lebih tua, lelaki, tinggal di selatan Britain dan penyokong Brexit.



Anggota akar umbi itu akan mengundi pemimpin mereka yang seterusnya dalam undi pos dengan keputusannya dijadual pada 5 September ini.



Sebelum pengundian semalam, Cik Truss dan Cik Mordaunt sedang berjuang untuk memenangi sokongan 59 AP yang telah menyokong Cik Kemi Badenoch sebelumnya.



Cik Truss kini mengekori Cik Mordaunt dengan hanya enam undian, dan kelihatan lebih berpeluang untuk memenangi kumpulan 59 AP itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >