Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saintis kaji cara hasil pelitup mampu kesan virus Covid-19

Jun 30, 2021 | 12:17 AM



PARIS: Penderia kecil yang boleh dipasang pada fabrik pelitup dan jaket boleh memberikan maklumat segera mengenai pendedahan pada patogen penyebab penyakit seperti koronavirus, jelas satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Biotechnology pada Isnin (28 Jun).



Ujian yang sangat sensitif dan hingga kini terbatas pada penggunaan makmal disepadukan dalam barangan bijak yang dipakai dan dikatakan mempunyai kecekapan canggih melebihi jam pemantau kesihatan FitBit atau Applewatch, tambah saintis kajian di Institut Wyss di Universiti Harvard, Peter Nguyen.



"Konsepnya sama seperti bagaimana kulit kita sendiri berfungsi, di mana anda secara automatik dapat mengesan sekitaran anda dengan sensitiviti penuh nikmat tanpa perlu melibatkan secara aktif butiran maklumat proses itu sendiri," jelas Nguyen.



Dalam kajian baru ini, saintis berupaya mewujudkan semula bahagian sel yang mengesan mikroorganisme berbahaya dan mengeringsejukbekukan mereka.



Mikroorganisme ini kemudian dihidupkan semula bagi permulaan ujian dengan menambah air - seperti bungkusan mi segera," tambah Nguyen.



Ujian sebegini sebelum ini adalah berdasarkan sel hidup yang golongan penyelidik kata boleh menjadi amat rapuh dan kadangkala berbahaya dalam suasana bukan perubatan.



Dalam kajian baru ini, kumpulan penyelidik menggunakan reaksi bebas sel yang mengandungi peralatan sel hidup tanpa sel itu sendiri.



Memandangkan mereka tidak hidup, penderia ini boleh dikeringsejukbekukan dan disimpan berbulan lamanya hingga mereka sedia untuk digerakkan.



Penulis bahan kajian ini menunjukkan penderia ini yang menggunakan teknologi suntingan gen CRISPR boleh memadankan pengesanan virus makmal dan disulam dalam fabrik yang dipakai.



Nguyen berkata penderia boleh dipakai ini mungkin berguna bagi sesiapa sahaja yang bekerja dalam sekitaran di mana mereka terdedah pada patogen atau toksin.



Para penyelidik telah membangun prototaip ujian pelitup muka Covid-19 dengan tampalan penderia yang disisipkan pada pad yang mengumpul partikel pernafasan pengguna.



Selepas pemakai menggunakan pelitup itu sekurang-kurangnya selama 15 minit, mereka melubangkan bahagian kecil pelitup ini dan melincirkan air pada contoh yang ada ke dalam penderia bagi dianalisa.



Sebahagian pelitup ini memaparkan hasilnya.



Para penyelidik juga membangun jaket bagi kegunaan pekerja sekitaran berbahaya di mana mereka terdedah pada cecair beracun.



Ia menggunakan alat suntingan gen CRISPR yang digunakan dalam perubatan bagi mensasarkan bahan genetik khusus seperti yang ditemui dalam virus bagi mewujudkan penderia yang bercahaya apabila terdedah pada patogen sasaran.



Benang serat optik dalam jaket membawa maklumat dalam bentuk penderia kecil dalam fabrik yang dilekapkan pada pengesan miniatur dalam pakaian yang besarnya seperti saiz bungkusan manisan comel.



"Dalam erti kata ringkas, kita melihat fabrik yang dipakai dan khususnya pelitup muka digunakan di klinik bagi keadaan khusus," tambahnya.



Namun, Nguyen juga berkata dalam jangka panjang, pakaian sebegini boleh digunakan oleh manusia biasa khususnya dalam kes penularan wabak tempatan bagi tujuan ujian mudah di rumah. - AFP



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >