Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaleem Iklim hembus nafas terakhir selepas hampir sebulan kemalangan
SALEEM IKLIM: Cedera parah dalam satu kemalangan pada 20 September lalu. - Foto UTUSAN ONLINE
Oct 15, 2018 | 5:30 AM
PENYANYI legenda, Saleem Iklim, menghembus nafas terakhirnya pagi semalam ketika menerima rawatan di hospital selepas cedera parah akibat kemalangan motosikal bulan lalu.
Saleem, yang nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur, ketika dalam keadaan koma pada 6.15 pagi.
