Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Salji tebal di Britain jejas perjalanan, 2 loji arang batu disedia

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Salji tebal menyelubungi sebahagian Britain semalam sehingga menjejas lapangan terbang, rangkaian kereta api dan jalan raya di London, manakala dua loji arang batu telah diletakkan dalam keadaan siap sedia sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik sepanjang musim sejuk.



Operasi di banyak bahagian rangkaian bawah tanah bandar telah digantung atau menghadapi kelewatan, manakala lebuh raya menyaksikan kesesakan akibat salji.



Lapangan terbang Gatwick dan Stansted di London memberi amaran bahawa keadaan itu boleh mengganggu jadual penerbangan.



Pejabat ramalan keadaan cuaca, Met Office, mengeluarkan amaran cuaca kuning untuk salji dan ais di London dan tenggara England, dengan amaran ais dan kabus di bahagian lain England dan seluruh Ireland Utara, lapor agensi berita Reuters.



Salji menimbulkan isu kepada penumpang dan pelancong pada permulaan dua minggu di mana pekerja kereta api dan pegawai sempadan merancang tindakan perindustrian.



South-Eastern, yang mengendalikan perkhidmatan kereta api ke London, menasihatkan penumpang supaya tidak melakukan perjalanan kerana gangguan teruk yang disebabkan oleh salji dan ais.



Sementara itu, syarikat utiliti elektrik dan gas Britain, National Grid, semalam mengeluarkan pemberitahuan untuk memanaskan dua loji arang batu bagi membuat persiapan luar jangka dengan ketibaan musim sejuk.



"Langkah ini boleh memberi keyakinan orang ramai terhadap bekalan tenaga semalam," kata National Grid, sambil menambah ia tidak dapat mengesahkan bahawa loji itu akan diperlukan, tetapi mereka akan bersedia.



Perkhidmatan kecemasan berkata mereka telah bersiap sedia dan bertindak dengan "kejadian serius" berhampiran Birmingham sambil mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam keadaan yang berpotensi berbahaya.



"Empat kanak-kanak telah dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal selepas diselamatkan dari tasik yang dilitupi ais," kata Perkhidmatan Ambulans West Midlands, sambil menambah mereka telah dihubungi agar ke tasik di Solihull, tengah England, pada petang kelmarin. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >