Topik diikuti
Pergi ke BHkuSalman Rushdie mungkin buta selepas ditikam
Salman Rushdie mungkin buta selepas ditikam
Salman Rushdie mungkin buta selepas ditikam
NEW YORK: Penulis buku 'The Satanic Verses', Encik Salman Rushdie, terpaksa menggunakan mesin ventilator dan mungkin buta sebelah mata, selepas ditikam di New York. Ejennya, Encik Andrew Wylie, dalam kenyataan bertulis kepada agensi berita Reuters berkata pengarang itu tidak boleh bercakap dan saraf di lengannya terputus. "Khabar buruk. Salman mungkin akan kehilangan sebelah mata, saraf di lengannya terputus, dan hatinya rosak akibat ditikam," kata Encik Wylie. Suspek Hadi Matar, 24 tahun, dari New Jersey, ditahan selepas didakwa menyerbu ke atas pentas dan menikam penulis buku itu, sekurang-kurangnya sekali di leher dan perut. Encik Rushdie cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York, pada Jumaat lalu. Beliau sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh kerana menulis buku yang menghina kitab suci Al-Quran. Encik Rushdie, yang kini tinggal di New York menghabiskan masa bertahun-tahun bersembunyi di bawah perlindungan polis Britain selepas Ayatollah Khomeini menggesa fatwa hukuman mati pada 1989 terhadapnya ekoran novel kontroversinya berjudul 'The Satanic Verses'. - Agensi berita.