Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Salman Rushdie mungkin buta selepas ditikam

Penulis buku 'The Satanic Verses' itu juga mungkin perlu guna mesin ventilator
Aug 14, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Penulis buku 'The Satanic Verses' Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan mungkin buta sebelah mata, selepas ditikam di New York.



Ejennya, Encik Andrew Wylie, dalam kenyataan bertulis kepada agensi berita Reuters berkata pengarang itu tidak boleh bercakap dan saraf di lengannya terputus.



"Khabar buruk. Salman mungkin akan kehilangan sebelah mata, saraf di lengannya terputus, dan hatinya rosak akibat ditikam," kata Encik Wylie.



Suspek Hadi Matar, 24 tahun, dari New Jersey, ditahan selepas didakwa menyerbu ke atas pentas dan menikam penulis buku itu, sekurang-kurangnya sekali di leher dan perut.



Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York, pada Jumaat.



Polis masih menyiasat motif serangan dan percaya suspek bertindak bersendirian.



Hadi Matar yang memakai topeng hitam menyerbu ke atas pentas di Institut Chautauqua, New York, ketika penulis diperkenalkan pada satu festival kebudayaan sebelum memberikan ucapan tentang ekspresi bebas artistik.



Percikan darah dapat dilihat di atas pentas dan perabot di sekelilingnya.



Rushdie, 75 tahun, dikejarkan ke hospital dengan sebuah helikopter sejurus serangan yang berlaku sekitar 11 pagi (waktu tempatan), kata Mejar Eugene Staniszewski dari polis negeri New York kepada wartawan.



Sebilangan orang bergegas ke pentas dan menangkap suspek, sebelum seorang anggota tentera yang hadir pada acara itu menahannya.



Dalam kejadian itu, polis berkata, seorang pengacara yang berada di atas pentas, Ralph Henry Reese, 73 tahun, juga mengalami kecederaan muka tetapi beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital.



Seorang profesor politik Universiti Amerika yang menghadiri acara itu, Carl LeVan, berkata kepada AFP, beliau melihat suspek berlari ke atas pentas dan 'menikam Rushdie berulang kali dan dengan kejam'.



LeVan yang juga seorang pengunjung tetap di Chautauqua, berkata suspek 'sedang cuba menikamnya sebanyak mungkin sebelum dia dapat dihalang oleh orang ramai' malah berkata, beliau percaya lelaki itu 'cuba membunuh' Rushdie.



"Ia menyebabkan ramai orang panik," kata profesor itu lagi.



Seorang lagi hadirin, John Stein, berkata kepada ABC, penyerang 'mula menikam di sebelah kanan kepala, leher. Dan ada darah... mencurah."



Rushdie sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh kerana menulis buku yang menghina kitab suci Al-Quran.



Rushdie, yang kini tinggal di New York menghabiskan masa bertahun-tahun bersembunyi di bawah perlindungan polis British selepas Ayatollah Khomeini menggesa fatwa hukuman mati pada 1989 terhadapnya ekoran novel kontroversinya berjudul The Satanic Verses.



Ramai umat Islam mendakwa novel itu menggambarkan Nabi Muhammad saw secara tidak sopan dan ia mencetuskan rusuhan dan kejadian membakar kedai buku di seluruh dunia. - Agensi berita.




"Khabar buruk. Salman mungkin akan kehilangan sebelah mata, saraf di lengannya terputus, dan hatinya rosak akibat ditikam.''
- Encik Andrew Wylie, ejen Salman Rushdie



"Penyerang 'mula menikam di sebelah kanan kepala, leher. Dan ada darah... mencurah.''
- John Stein, salah seorang yang hadir di acara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >