NEW YORK: Penulis Salman Rushdie tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan dan boleh bercakap semula. Beliau sebelumnya diserang pada satu acara di New York pada Jumaat lalu. Ejennya, Encik Andrew Wylie, mengesahkan berita itu kepada media Amerika Syarikat. Encik Wylie sebelum ini berkata Encik Rushdie mungkin kehilangan fungsi mata, hatinya telah rosak dan saraf di lengannya terputus. Encik Rushdie telah berdepan dengan ugutan bunuh selama bertahun lamanya bagi novelnya "The Satanic Verses", yang dianggap menghina oleh sebilangan umat Islam. Pada Sabtu lalu, mahkamah diberitahu bahawa Encik Rushdie ditikam 10 kali ketika beliau bersedia mahu bercakap di Institusi Chautauqua di barat New York pada Jumaat lalu.