Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS sambut baik perjanjian Jepun-Australia perkukuh kerjasama ketenteraan

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



TOKYO: Seorang komander kanan tentera laut Amerika Syarikat di Asia semalam menyambut baik perjanjian Jepun dan Australia untuk memperkukuh kerjasama ketenteraan yang akan membantu Amerika di rantau sedang pengaruh China semakin meningkat.



Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga, dan pemimpin Australia, Encik Scott Morrison, Selasa lalu bersetuju secara prinsip Perjanjian Akses Salingan (RAA).



Perjanjian itu akan menyelaraskan dengan lebih baik antara sekutu Amerika melalui rangka undang-undang yang membolehkan pasukan tentera masing-masing saling berkunjung untuk menjalani latihan dan melakukan operasi ketenteraan bersama.



"Perjanjian seperti ini benar-benar memberi manfaat dan memberi semangat kepada semua orang di rantau ini.



"Kami sangat menyokong perjanjian ini dan kami berharap dapat berlatih bersama dengan mereka," kata Naib Laksamana William Merz, komander Armada Ketujuh Angkatan Laut Amerika, yang berpangkalan di Jepun.



Perjanjian antara Canberra dengan Tokyo itu, yang pertama buat Jepun dengan negara lain sejak perjanjian serupa dengan Washington pada 1960, muncul sedang dua negara itu bekerja lebih rapat dengan Amerika dan India sebagai sebahagian kumpulan tidak rasmi yang dikenali sebagai 'Quad' tatkala mereka bertambah bimbang mengenai kegiatan China di Laut China Selatan dan Laut China Timur.



Encik Suga menjadi tuan rumah menteri luar dari Quad di Tokyo bulan lalu sebelum pergi ke Vietnam dan Indonesia untuk mempererat hubungan dengan negara utama Asia Tenggara.



Laksamana Merz berkata kerjasama lebih kukuh di rantau itu bukan disasarkan terhadap China.



"Tidak ada usaha untuk membendung China atau pihak lain," katanya.



Beijing, yang mengatakan niatnya di rantau itu sebagai bersifat damai, telah menggambarkan Quad sebagai "mini-Nato".



Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) ditubuhkan untuk membentuk kelompok keamanan bersama terhadap ancaman ketika itu dari Soviet Union, dan kini masih dilihat sebagai ancaman oleh Russia sedang Nato berkembang untuk memasukkan beberapa negara Eropah yang sebelumnya merupakan sebahagian blok timur.



China telah mengkritik perjanjian Jepun-Australia itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >