Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Sambutan angkat sumpah Biden bakal dijalankan secara maya

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Bakal presiden dan naib presiden Amerika Syarkat, Encik Joe Biden dan Cik Kamala Harris, akan mengangkat sumpah pada 20 Januari depan mengikut adat presiden di bangunan Capitol, Washington D.C.



Namun, sambutan angkat sumpah itu akan dijalankan kebanyakannya secara maya ekoran pandemik Covid-19, kata jawatankuasa perancang majlis Selasa lalu (semalam waktu Amerika).



Upacara dan perbarisan tradisi yang menyusuli akan disaksikan oleh jumlah hadirin lebih kecil.



Pihak jawatankuasa turut menggalak orang ramai supaya tidak datang ke Washington untuk menghadiri upacara itu.



Sewaktu upacara menyambut presiden baharu yang lalu, ratusan ribu warga Amerika berbondong-bondong datang ke Washington untuk memberikan sokongan.



Namun, sepanjang tempoh kempen pilihan raya, Encik Biden, 78 tahun, menekankan kepentingan mematuhi protokol kesihatan ekoran Covid-19.



Misalnya, beliau kurang mengadakan pertemuan secara peribadi malah lebih giat berkempen secara maya dari pangkalannya di Delaware.



Pemimpin jawatankuasa penganjur majlis angkat sumpah, Encik Tony Allen, yang juga presiden Universiti Negeri Delaware, berkata dalam satu kenyataannya:



"Matlamat kami adalah menganjurkan majlis yang menjaga kemaslahatan orang ramai namun tetap mengekalkan istiadat serta memaparkan visi Biden dan Harris yang mahu membina masyarakat inklusif, adil dan bersatu."



Bersandarkan gagasan tersebut, majlis angkat sumpah itu barangkali serupa konvensyen Demokrat yang berlangsung Ogos lalu.



Konvensyen tersebut memuatkan program maya yang disertai warga dari segenap pelosok negara.



Setakat ini, pandemik Covid-19 di Amerika telah meragut nyawa 300,000 warga Amerika, dengan keadaan dijangka menjadi lebih teruk sepanjang musim sejuk sekarang.



Cara Presiden Donald Trump mengendalikan krisis kesihatan itu menjadi teras kempen pilihan raya Encik Biden.



Sekarang tidak jelas apakah Encik Trump, yang enggan mengaku kalah meskipun undi Badan Perwakilan Pemilih (Electoral College) telah mengesahkan kemenangan Encik Biden, akan menghadiri upacara itu seperti kebiasaan presiden sebelum ini.



Lanjutan itu, Encik Biden telah berbual menerusi panggilan telefon bersama tokoh Republican terkemuka Mitch McConnell kelmarin (semalam waktu Amerika).



Encik McConnell mengucapkan tahniah kepada Encik Biden dan Cik Harris, 56 tahun, atas kejayaan mereka.



Encik Biden dan Encik McConnell turut berjanji akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat.



Encik McConnell mengucapkan tahniah sewaktu berucap di Dewan Senat sehari selepas Badan Perwakilan Pemilih membuat pengesahan kemenangan.



Beliau salah seorang daripada ramai anggota Kongres Republikan yang enggan mengakui kemenangan Encik Biden ke atas Encik Trump. Encik Trump terus mendakwa wujudnya isu kepalsuan semasa pilihan raya dan enggan menyerah.



Encik Biden berbual bersama Encik McConnell sebelum berangkat ke Atlanta, Georgia, bagi menyokong dua calon Demokrat Senat, Encik Jon Ossoff dan Reverend Raphael Warnock.



Pilihan raya penentu yang melibatkan dua calon itu pada 5 Januari boleh menjejas agenda dasar dalam negara Encik Biden.



Sembilan hari sebelum itu, Encik Trump pergi ke Atlanta sebagai tanda menyokong calon Republikan yang mahu pilihan raya dijalankan semula.



Encik Biden hanya menang tipis di Georgia justeru menjadikan wilayah itu lokasi persaingan sengit.



Persaingan mereka akan menentukan parti mana yang akan menguasai Senat Amerika apabila Encik Biden mula bertugas pada bulan depan.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dan presiden Mexico, Encik Andrés Manuel López Obrador, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Encik Biden. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >