Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sambutan Hari Kebangsaan M'sia kembali ke Dataran Merdeka selepas dua tahun

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Penantian dua tahun rakyat Malaysia beramai-ramai untuk hadir ke acara sambutan Hari Kebangsaan secara fizikal dan besar-besaran, bakal berakhir apabila acara bagi memperingati tarikh kemerdekaan negara itu diadakan di Dataran Merdeka, esok.



Uniknya tahun ini, acara penuh gilang gemilang itu menjanjikan beberapa kejutan dan kelainan dalam persembahan serta pertunjukan, termasuk pembabitan jumlah kontinjen serta aset yang banyak, bersedia untuk memukau kira-kira 50,000 pengunjung yang dijangka hadir memeriahkan suasana sambutan Hari Kebangsaan 2022 ini.



Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Encik Rosnan Nordin, berkata JKKN yang diberi tanggungjawab bagi pengurusan acara itu menjanjikan pengisian yang berbeza berbanding acara tahun sebelum ini, yang dilaksanakan di Putrajaya secara sederhana akibat pandemik Covid-19.



Beliau berkata selaras tema sambutan iaitu #KeluargaMalaysia Teguh Bersama, JKKN bersama agensi terbabit akan memastikan pengisian acara pada 31 Ogos ini bukan sekadar menterjemahkan tema itu, malah mempamerkan semangat Keluarga Malaysia.



"Setiap tahun, orang ramai menantikan apa persembahan dan pertunjukan dipamerkan… lebih-lebih lagi tahun ini selepas dua tahun tiada sambutan secara besar-besaran, mereka merindui suasana sambutan Hari Kebangsaan dan ini cabaran kita untuk menepati jangkaan serta harapan mereka yang hadir.



"Sambutan kali ini, kita bawa pelbagai pengisian yang berbeza, luar jangka dan unik agar semangat kemerdekaan itu dapat diterjemah dan dirasai rakyat sama ada yang hadir ke Dataran Merdeka mahupun mereka yang menonton di televisyen," kata Encik Rosnan.



Acara pada 31 Ogos akan dimulakan dengan ketibaan rasmi pembesar negara, sebelum keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dengan menaiki kereta kuda diraja.



Ia diikuti lintasan hormat pesawat membawa Jalur Gemilang serta tembakan 14 das meriam yang menjadi antara acara tradisi sambutan Hari Kebangsaan.



Encik Rosnan berkata, jumlah kontinjen terbabit perarakan kali ini bertambah apabila untuk pertama kali 27 kementerian menghantar kontinjen masing-masing, selain penyertaan agensi unit beruniform dan pihak swasta yang menjadikan secara keseluruhan membabitkan penyertaan hampir 16,000 peserta. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >