Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sanders gesa sokong Clinton, selar Trump sebagai 'demagog'

Jul 26, 2016 | 10:55 AM



PHILADELPHIA: Encik Bernie Sanders, yang gagal dalam usaha menjadi calon presiden parti Demokrat, menggesa penyokong pada Isnin (25 Julai) supaya mengundi pesaingannya, Cik Hillary Clinton, dalam usaha menghalang wakil parti Republikan, Encik Donald Trump, memasuki Rumah Putih.



Gesaan Encik Sander, yang menyifatkan Encik Trump sebagai seorang "demagog" (pemimpin politik yang mencari sokongan dengan melayan kemahuan dan prasangka popular daripada menggunakan hujah rasional), disambut dengan kedua-duanya - sorakan dan ejekan - daripada penyokong.



Ini perkembangan terbaru menjelang Konvensyen Kebangsaan Demokrat, yang dilanda kejadian kebocoran e-mel yang mengganggu usaha Cik Clinton mewujudkan perpaduan parti bagi menentang Encik Trump.



Cik Clinton akan mencipta sejarah pada Khamis (Jumaat waktu Singapura) apabila beliau secara rasmi menerima pencalonan presiden parti Demokrat - wanita pertama memimpin usaha sebuah parti ke Rumah Putih.



Bagaimanapun, dua tinjauan baru menunjukkan Encik Trump mara sejak disahkan menjadia calon presiden Republikan minggu lalu, dengan satu tinjauan CNN meletak beliau tiga mata di depan Cik Clinton.



"Kita mesti mengalahkan Donald Trump. Kita mesti memilih Hillary Clinton dan Tim Kaine (gandingan Cik Clinton sebagai naib presiden)," kata Encik Sanders kepada sebuah perhimpunan beberapa jam sebelum pembukaan konvensyen empat hari di Philadelphia.



"Trump seorang pembuli dan demagog," kata senator dari Vermont itu, yang seruannya agar menyokong Cik Clinton disambut dengan ejekan kuat dan teriakan "Kami mahu Bernie!".



Encik Sanders kalah kepada Cik Clinton dalam kempen menjadi wakil presiden parti Demokrat bagi pilihan raya pada November.



Namun, beliau telah menyatakan sokongannya bagi Cik Clinton dan diberi masa untuk berucap dalam konvensyen kebangsaan Demokrat, yang akan bermula pada Isnin (Selasa waktu Singapura).



Parti itu terdesak untuk menunjukkan perpaduan selepas kebocoran beribu-ribu e-mel yang menunjukkan pemimpinnya berusaha melemahkan Encik Sanders semasa beliau bersaing dengan Cik Clinton bagi pencalonan Demokrat.



Biro Siasatan Federal (FBI) berkata ia sedang menyisat "pencerobohan siber" di Jawatankuasa Kebangsaan Demokrat (DNC). Kem Cik Clinton menyalahkan penggodam Russia yang cuba membantu Encik Trump bagi kebocoran tersebut.



Laman antirahsia WikiLeaks menyiarkan hujung minggu lalu hampir 20,000 e-mel dari Januari 2015 dan Mei lalu yang diperoleh oleh penggodam yang nampaknya menceroboh akaun tujuh pemimpin DNC.



Sekurang-kurangnya dua daripada mesej itu menunjukkan ahli kanan DNC mahu melemahkan kempen Encik Sanders dengan menimbulkan persoalan mengenai kepercayaan dan keturunan Yahudi beliau.



Ini membawa kepada pengerusi DNC, Cik Debbie Wasserman Schultz, mengumumkan secara tiba-tiba pada Ahad (24 Julai) peletakan jawatan beliau, berkuat kuasa mulai akhir konvensyen Khamis ini.



Mantan presiden Bill Clinton penceramah utama konvensyen pada Selasa, manakala Presiden Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden pula pada Rabu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >