Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sanusi tidak tergugat disaman

Aug 05, 2023 | 12:25 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau tidak tergugat dan bersedia memberikan bukti di mahkamah selepas amaran saman dikeluarkan ke atasnya berhubung dakwaan beliau mengenai projek Gerbang Maritim Selangor.


Datuk Sanusi, awal dari itu, telah menuduh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, terlibat dalam skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Encik Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

Datuk Amirudin menafikan dakwaan Sanusi dan menyifatkan ia sebagai percubaan terdesak pemimpin pembangkang terbabit untuk mengalihkan perhatian daripada skandal unsur nadir bumi (REE) yang dikaitkan dengannya di Kedah, menurut laporan Malaysiakini.


Berjaya Land Bhd – yang dimiliki Tan – turut menafikan semua tuduhan Sanusi dan akan membuat laporan polis sebelum mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Datuk Sanusi, yang juga anggota Jawatankuasa Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat, berkata beliau hanya memberikan bukti yang wajar di mahkamah.

“Di mahkamahlah,” kata beliau, menjawab pertanyaan wartawan.

Datuk Sanusi, yang digelar ‘Panglima Perang’ oleh penyokongnya dan adalah Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini berkata beliau sedang menunggu ketibaan dokumen saman daripada Datuk Seri Amirudin.

“Saya sedang menunggu dia menghantar dokumen, dan saya juga mempunyai dokumen saya sendiri,” katanya di Alor Setar, Kedah pada Sabtu. 

Datuk Sanusi sebelum ini dilaporkan mendakwa Selangor boleh menanggung kerugian mencecah RM180 juta ($52 juta)  kerana projek pembersihan sungai Klang.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Encik Tan boleh mendapat pegangan penting dalam firma milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor.

Berjaya Land menafikan mereka memperoleh saham dalam mana-mana firma berkaitan MBI Selangor, dan menjelaskan bahawa mereka membentuk sebuah syarikat tujuan khas, Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd.

Ia merupakan kerjasama antara anak syarikat MBI Selangor Landasan Lumayan Sdn Bhd – yang mempunyai 45 peratus pegangan dalam LLBSB – dan Berjaya Land Berhad (memiliki 55 peratus daripada LLBSB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >