Premium
Sarawak bakal adakan pilihan raya
Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April
Apr 1, 2016 | 5:30 AM

-
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem semalam mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11.
Pengisytiharan pembubaran itu, ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan pengundian.

