Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Satu dalam sepuluh wanita Perancis pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali

Feb 24, 2018 | 05:40 PM



PARIS: Sekurang-kurangnya satu dalam sepuluh wanita Perancis pernah dirogol, menurut hasil kajian keganasan seksual yang dikeluarkan semalam. 



12 peratus daripada 2,167 wanita yang ditinjau oleh syarikat Fondation Jean Jaures berkata mereka pernah mengalami keganasan seksual dan pernah dirogol. 



Lima peratus daripada mereka yang ditinjau berkata perkara tersebut berlaku lebih dari sekali. 



Daripada jumlah tersebut, 31 peratus berkata mereka dirogol pasangan mereka, 19 peratus oleh orang lain yang mereka kenali dan hanya 17 peratus dirogol oleh orang asing. 



Separuh daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak atau remaja pada masa serangan. 



42 peratus dari kes tersebut berlaku di rumah. 



Hanya 15 peratus telah memfailkan aduan rasmi tetapi ramai yang masih mengalami trauma dari kejadian tersebut, sepertimana yang dibuktikan fakta bahawa seperlima dari mereka telah cuba membunuh diri- empat kali ganda kadar am di kalangan wanita Perancis. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >