PEMENANG, Indonesia -- Gempa kuat pada magnitud 6.2 melanda pulau Lombok, Indonesia pada Khamis (9 Ogos), menyebabkan beberapa bangunan runtuh, menurut saksi dan agensi meteorologi dan geofizik negara itu.

Gempa terbaru itu kuat terasa di pulau itu dan diikuti menyusuli gempa pada magnitud 6.9 pada Ahad yang menyebabkan sekurang-kurangnya 381 orang terkorban dan ribuan rumah rosak.

Seorang saksi memberitahu Reuters bahawa gempa terbaru itu menyebabkan orang ramai berlari ke jalan raya dalam keadaan panik dan menyebabkan bangunan runtuh. --Reuters