Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PESAWAT SRIWIJAYA TERHEMPAS

Satu lagi titik hitam bagi rekod penerbangan Indonesia

Pesawat berusia hampir 27 tahun berlepas dalam keadaan hujan lebat
Jan 13, 2021 | 05:30 AM



REKOD keselamatan udara Indonesia sekali lagi menjadi sorotan menyusuli nahas udara Sriwijaya Air SJ182 pada Sabtu lalu.



Ia sekali gus mencatatkan satu lagi titik hitam dalam sejarah penerbangan di Indonesia.



Jet Boeing 737-500 dengan 62 penumpang sedang dalam penerbangan domestik ke Pontianak di pulau Borneo, sekitar 740 km dari Jakarta, sebelum ia hilang dari layar radar empat minit setelah berlepas dan terhempas ke laut Jawa.



Indonesia telah dibelenggu beberapa kejadian berkaitan masalah keselamatan udara di masa lalu, termasuk rekod penyenggaraan yang buruk, latihan juruterbang, kegagalan komunikasi atau mekanikal dan masalah kawalan lalu lintas udara.



Ia juga mencatatkan sejarah kawasan terburuk di Asia dari sudut keselamatan menaiki kapal terbang.



Perangkaan Aviation Safety Network menunjukkan sebanyak 104 nahas udara dan 2,353 kematian yang berkaitan telah berlaku di Indonesia.



Penyiasat masih mencari punca pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air yang menjunam dan terhempas di Laut Jawa sejurus lepas berlepas.



Dua perkara yang dipastikan - model pesawat buatan Boeing Co. itu berusia hampir 27 tahun dan pesawat malang itu berlepas dalam keadaan hujan lebat.



MODEL PESAWAT



Model pesawat Boeing 737 merupakan pesawat paling popular dalan sejarah Boeing. Pesawat pertama dari model tersebut mula terbang pada 1967.



Pesawat Sriwijaya Air yang terhempas kali ini merupakan model 737-500, sebahagian dari siri Boeing Classic yang juga merangkumi model 737-300 dan 737-400.



Siri 737 Max yang diperkenalkan pada 2017 pula adalah versi yang terlibat dalam dua nahas dahsyat: Lion Air 610 pada Oktober 2018 dan Ethiopian Airlines 302 pada bulan Mac 2019.



Di peringkat global, Boeing mengirimkan sekitar 390 pesawat 737-500 yang mempunyai keupayaan membawa 145 orang.



Menurut laman webnya, Sriwijaya Air pula merupakan salah satu syarikat penerbangan domestik terbaru di Indonesia yang menawark khidmat bagi penerbangan sejumlah kecil destinasi serantau di seluruh negara Asia Tenggara.



CUACA BURUK



Syarikat penerbangan komersial lazimnya menggantikan pesawat yang berusia sekitar 25 tahun, justeru pesawat Sriwijaya yang berusia hampir 27 tahun itu sudah agak tua.



"Kami belum tahu apa yang menyebabkan kejadian itu," kata Encik Shukor Yusof, pengasas syarikat perundingan penerbangan Endau Analytics di Malaysia.



"Biar begitu, masih banyak yang harus dilakukan untuk meningkatkan budaya keselamatan dan Presiden Indonesia Joko Widodo dapat memperkuat warisannya dengan memperkukuh usaha mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap penerbangan tempatan tempoh terakhir pemerintahannya."



Indonesia, yang mempunyai beribu-ribu pulau, amat bergantung pada perjalanan udara.



REKOD KESELAMATAN



Dari 2007 hingga 2018, Kesatuan Eropah melarang syarikat penerbangan Indonesia menyusuli beberapa kemalangan dan laporan pengawasan dan penyelenggaraan yang kurang baik.



Antara 2007 dan 2016 Amerika Syarikat menurunkan penilaian keselamatan Indonesia ke Kategori 2, yang bermaksud sistem pengawalseliaannya tidak memadai.



Namun, rekod keselamatan udara Indonesia telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menerima penilaian yang baik oleh agensi penerbangan Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu pada 2018.



Tetapi dalam negara yang menyaksikan jumlah korban akibat kemalangan kenderaan dan feri, budaya keselamatan bertentangan dengan cara pemikiran bahawa kemalangan sesuatu yang tidak boleh dielak berlaku, kata para pakar.



"Nahas Sabtu lalu tidak ada hubungannya dengan pesawawat Boeing 737 Max, tetapi Boeing wajar membimbing Indonesia - yang memiliki rekod keselamatan udara yang kurang baik - untuk mengembalikan keyakinan terhadap industri penerbangannya, "kata Encik Shukor.



Kelmarin pihak berkuasa berjaya menemui lokasi kotak hitam atau perakam data penerbangan jet Sriwijaya dan perakam suara kokpit, namun masih terlalu awal untuk menentukan faktor-faktor yang menyebabkan nahas pesawat tersebut.



Penerbangan itu berlepas dari Lapangan terbang Soekarno-Hatta di Jakarta.



FlightRadar24Jet Sriwijaya dilaporkan naik ke ketinggian hampir 11,000 kaki (3,352 meter) dalam masa empat minit tetapi kemudian mula menjunam dan berhenti mengirimkan data 21 saat kemudian.



"Terdapat banyak pandangan yang dikeluarkan mengenai betapa cepat pesawat itu menjunam di saat-saat akhir," kata Encik Geoff Dell, pakar penyiasatan kemalangan udara yang berpusat di Australia.



"Ini menunjukkan apa yang terjadi tetapi mengapa ia berlaku masih jadi tanda tanya. Terdapat banyak cara yang boleh menyebabkan kapal terbang menjunam pada kadar itu." katanya.



Encik Dell menambah penyiasat akan meneliti faktor-faktor termasuk kegagalan mekanikal, tindakan juruterbang, rekod penyelenggaraan, keadaan cuaca dan sama ada terdapat gangguan terhadap pesawat.



Sebilangan besar kemalangan udara disebabkan oleh gabungan faktor-faktor yang boleh memakan masa berbulan-bulan untuk ditentukan.



PELBAGAI FAKTOR YANG DITELITI



Rekod operasi Sriwijaya juga akan diteliti dalam rangka siasatan ke atas nahas tersebut.



"Rekod keselamatannya kelihatan berbelah bagi," kata Encik Greg Waldron, editor pengurusan Asia dari penerbitan FlightGlobal.



Beliau mengatakan bahawa syarikat penerbangan itu telah menghentikan tiga pesawat 737 antara 2008 dan 2012 kerana pendaratan buruk yang mengakibatkan terkeluar landasan, dengan kemalangan pada 2008 yang mengakibatkan satu kematian dan 14 cedera.



Syarikat penerbangan itu pada akhir 2019 mengakhiri kerjasama selama setahun dengan syarikat penerbangan nasional Garuda Indonesia dan telah beroperasi secara bebas.



Sebelum mengakhiri perjanjian itu, lebih dari separuh armada Sriwijaya telah dilarang terbang oleh Kementerian Perhubungan kerana masalah kelayakan udara, menurut laporan media pada waktu itu.



Sriwijaya tidak segera menanggapi permintaan untuk memberi komen, walaupun ketua eksekutif syarikat penerbangan itu mengatakan pada Sabtu bahawa pesawat yang terhempas dalam keadaan baik.



Seperti syarikat penerbangan Indonesia yang lain, Sriwijaya telah mengurangkan jadual penerbangannya akibat wabak Covid-19, yang menurut para pakar akan diperiksa sebagai sebahagian dari proses siasatan.



Cabaran akibat pandemik itu memberi kesan kepada keselamatan penerbangan," kata Encik Chappy Hakim, seorang penerbangan Indonesia penganalisis dan bekas pegawai tentera udara.



"Sebagai contoh, jumlah juruterbang, teknisyen dikurangkan, gaji tidak dibayar sepenuhnya, pesawat tersadai di bumi," katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >