Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudara tiri raja Jordan didakwa cuba gugat keselamatan negara

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



AMMAN: Menteri Luar merangkap Timbalan Perdana Menteri Jordan, Encik Ayman Safadi, mendedahkan siasatan kerajaan negara itu mendapati Putera Hamzah bin Hussein dan dua lagi pegawai menghubungi agensi perisikan asing bertujuan menggugat keselamatan Jordan, lapor agensi berita Sputnik.



Pada Sabtu lalu, media Jordan melaporkan beberapa pegawai tinggi telah ditahan atas alasan keselamatan.



Dalam pesanan video, Putera Mahkota Hamzah, yang merupakan saudara tiri Raja Abdullah II, berkata beliau kini ditahan di rumah dan tidak dibenarkan berkomunikasi atau bertemu sesiapa pun.



Tentera menafikan berita mengenai penahanan itu sebaliknya menyatakan beliau hanya diminta untuk menghentikan "gerakan dan kegiatan yang bertujuan menyasarkan" keamanan dan kestabilan Jordan.



"Siasatan menyeluruh dan terperinci yang dijalankan Angkatan Tentera Jordan bersama Direktorat Perisikan Umum dan Direktorat Keselamatan Awam, mendapati pergerakan dan kegiatan Putera Mahkota Hamzah Bin Hussein, Hassan Bin Zeid dan Bassem Ibrahim Awadallah dan beberapa yang lain menyasarkan keselamatan dan kestabilan negara," kata Safadi pada taklimat media di Amman.



Menteri luar berkenaan berkata kerabat diraja itu menghubungi perisik asing yang identitinya dirahsiakan dan dikatakan mahu menggulingkan Raja Abdullah I.



"Siasatan dapati ada campur tangan asing dan menunggu masa yang sesuai untuk lancarkan gerakan gugat keselamatan negara kita," tambah Encik Safadi.



Namun, Putera Hamzah kelmarin menafikan menjadi sebahagian daripada sebarang konspirasi menentang abangnya, Raja Abdullah II susulan kritikannya mengenai rasuah dalam kerajaan.



Dalam satu video yang dihantar kepada badan penyiaran Britain, BBC, Putera Hamzah Hussein, berkata ketua staf tentera melawatnya sebelum itu untuk memaklumkan kepadanya yang beliau tidak dibenarkan keluar, berkomunikasi atau berjumpa orang.



Beliau berkata, ramai rakannya ditahan, selain kawalan keselamatan ke atasnya ditarik dan talian internet serta telefonnya dipotong.



Putera itu menegaskan beliau bukan sebahagian daripada konspirasi dan tidak bertanggungjawab terhadap kepincangan dalam tadbir urus, rasuah dan ketidakcekapan yang didakwa berlaku dalam struktur kerajaan negara itu sejak 15 hingga 20 tahun terakhir, yang disifatkannya semakin teruk.



Dalam pada itu, BBC memaklumkan, ia sudah menghantar video itu kepada peguam Hamzah, ketika muncul berita mengenai pembantu bekas kerabat diraja utama Jordan ialah antara beberapa suspek yang ditahan semalam. - Agensi berita.




"Siasatan dapati ada campur tangan asing dan menunggu masa yang sesuai untuk lancarkan gerakan gugat keselamatan negara kita."
- Menteri Luar merangkap Timbalan Perdana Menteri Jordan, Encik Ayman Safadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >