Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaudi ambil alih jawatan presiden kumpulan G-20
Saudi ambil alih jawatan presiden kumpulan G-20
Negara Arab pertama teraju pertubuhan global
Saudi ambil alih jawatan presiden kumpulan G-20
BERALIH KEPIMPINAN: Putera Arab Saudi Faisal bin Farhan al-Faisal (kiri) dan Menteri Luar Jepun, Encik Toshimitsu Motegi, bertemu semasa mesyuarat Menteri Luar G-20 di Nagoya, Jepun, pada 22 November lalu. - Foto EPA-EFE -
Dec 3, 2019 | 5:30 AM
RIYADH: Arab Saudi menjadi negara Arab pertama kelmarin untuk mengambil alih jawatan presiden Kumpulan 20 (G-20) sedang ia berusaha bangkit semula ke persada dunia berikutan kegemparan global terhadap rekod hak asasi manusianya.
Kerajaan yang kaya dengan sumber minyak itu telah menggalak usaha pelonggaran termasuk memberi hak lebih besar kepada wanita - tetapi menghadapi kritikan kuat di atas tindakan keras terhadap pembangkang dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi tahun lalu.
