Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi batal sekatan ruang udara jelang ketibaan Biden

Amerika alu-alu keputusan 'bersejarah' - langkah damai terbaru oleh Riyadh terhadap Israel
Jul 16, 2022 | 07:46 AM



RIYADH: Arab Saudi semalam mengumumkan ia menarik balik sekatan ke atas "semua syarikat penerbangan" menggunakan ruang udaranya, satu isyarat jelas terhadap Israel menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, ke negara Arab itu.



Pemimpin Amerika itu mengalu-alukan keputusan "bersejarah" itu, langkah pendamai terbaru oleh Riyadh terhadap Israel, yang enggan diakui Saudi walaupun ada usaha intensif oleh Israel untuk mewujudkan hubungan dengan negara-negara Arab.



Pihak berkuasa penerbangan awam Saudi "mengumumkan keputusan untuk membuka ruang udara Kerajaan kepada semua syarikat penerbangan yang memenuhi keperluan pihak berkuasa untuk terbang melepasinya", katanya dalam satu kenyataan di Twitter.



Keputusan itu dibuat "untuk melengkapi usaha Kerajaan yang bertujuan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab global yang menghubungkan tiga benua".



Sementara itu, Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Encik Jake Sullivan, berkata dalam satu kenyataan:



"Keputusan ini adalah hasil diplomasi berterusan dan berprinsip Presiden (Biden) dengan Arab Saudi selama beberapa bulan, yang memuncak menjelang lawatannya hari ini (semalam)."



Beliau berkata Encik Biden, yang dijadual mendarat di Saudi semalam bagi lawatan rasmi sebagai sebahagian lawatan ke Timur Tengah, akan memberi lebih banyak ulasan mengenai keputusan Saudi itu.



Sebelum ketibaan Encik Biden di Israel pada permulaan perjalanannya ke Timur Tengah Rabu lalu, Washington telah membayangkan bahawa lebih banyak negara Arab boleh mengambil langkah untuk memulihkan hubungan dengan Israel, mencetuskan spekulasi sama ada Riyadh akan mengubah kedudukan lamanya untuk tidak mewujudkan hubungan dua hala rasmi sehingga konflik dengan Palestin diselesaikan.



Kerajaan Saudi tidak menunjukkan sebarang penentangan apabila sekutu serantaunya, Amiriah Arab Bersatu (UAE), menjalin hubungan diplomatik dengan Israel pada 2020, diikuti dengan Bahrain dan Maghribi di bawah Perjanjian Abraham yang diuruskan Amerika.



Encik Biden dijadual melawat bandar Jeddah, Saudi, di pantai Laut Merah petang semalam.



Sementara itu, Israel tidak membantah jika dua pulau strategik di Laut Merah dipindahkan Mesir kepada Saudi sebagai langkah ke arah pemulihan hubungan, kata pegawai tingginya kelmarin.



Selepas bertemu dengan pegawai Israel Rabu dan Khamis lalu, Encik Biden terbang ke Saudi semalam menggunakan penerbangan langsung pesawat Air Force One, yang merupakan penerbangan pertama yang diiktiraf antara dua negara itu.



Dalam beberapa minggu lalu, pegawai Israel telah membayangkan Encik Biden mungkin mengumumkan inisiatif berkaitan Israel semasa lawatannya ke Saudi.



Bagi perkara itu berlaku, nasib dua pulau Laut Merah, Tiran dan Sanafir, yang boleh digunakan untuk mengawal akses ke pelabuhan Israel, Eilat, mungkin dibincangkan.



Dua pulau itu kini milik Mesir, namun Kahirah bersetuju tahun lalu untuk menyerahkannya kepada Riyadh sebagai pertukaran bagi sokongan kewangan.



Namun, di bawah syarat perjanjian damai 1979 antara Israel dengan Mesir, Israel mesti menandatangani penyerahan yang dirancangkan itu.



Seorang pegawai tinggi yang enggan dinamakan berkata Israel tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap rancangan Mesir menyerahkan dua pulau itu kepada Saudi.



Seorang pegawai kanan Israel Selasa lalu berkata Israel berharap bagi "permulaan proses pemulihan hubungan" dengan Saudi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >