Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi batasi kunjungan ke Raudah Masjid Nabawi sekali setahun

Dec 28, 2023 | 04:27 PM



RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini telah mengumumkan langkah baru yang membatasi kunjungan ke Raudah di dalam Masjid Nabawi yang membenarkan seorang jemaah hanya boleh melawat sekali dalam setahun.


Pengumuman tersebut yang dibuat pada 21 Disember melalui platform X Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dijangka memberi kesan kepada jemaah umrah dan haji dari seluruh dunia.

Langkah itu juga diambil kerana kerajaan menjangkakan akan menerima sekitar 10 juta jemaah dari luar negara untuk melakukan umrah pada musim ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata: “Seorang jemaah hanya boleh membuat tempahan untuk masuk ke Raudah selepas 365 hari dari permit terakhir mereka.”

Langkah itu diperkenalkan sebagai respons kepada banyaknya jumlah tempahan permit ke Raudah, lapor agensi berita Gulf News.


Ia juga bertujuan untuk mengatur dan menyusun akses ke Raudah, sebuah kawasan yang dianggap sangat suci dalam Islam.

Untuk mendapatkan akses, jemaah perlu menggunakan aplikasi Nusuk atau Tawakkalna. Selain itu, mereka juga harus memastikan bahawa mereka tidak mempunyai jangkitan Covid-19 atau tidak bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti Covid-19.

Pihak berkuasa Saudi menekankan pentingnya tempahan yang teratur dan kepatuhan kepada jadual yang ditetapkan untuk mengunjungi Raudah demi memastikan pengalaman ziarah yang teratur dan penuh hormat.

Pelancaran aplikasi Nusuk dan Tawakkalna oleh pihak kementerian adalah tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada jemaah menerusi pengeluaran permit yang diperlukan bagi menunaikan umrah, melawat Raudah di Masjid Nabawi, Madinah mengikut kapasiti yang diluluskan oleh pihak berkuasa itu.

Ia juga bagi memastikan penyediaan suasana rohani dan selamat, selain mencapai kawalan selia dalam penyepaduan dengan aplikasi Tawakkalna, untuk menyemak kewibawaan status kesihatan pemohon bagi mendapatkan permit. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >